Sudah pasti pada ketika ini, ramai yang tertanya - tanya, ke mana hilangnya kelibat Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sepanjang Pilihan Raya Kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar diadakan.
Kelibat Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sama ada diatas padang mahupun dalam kenyataan media lansung tidak kelihatan sepanjang seminggu kempen Pilihan Raya Kecil ini berlansung.
Jika tidak sebelum ini, Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sering kali dilihat muncul dalam blog mahupun portal Pro Pakatan mengkritik pentadbiran Kerajaan Barisan Nasional.
Bahkan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu juga sebelum ini merupakan penyokong tegar kepada gerakan deklarasi yang diketuai oleh Tun Mahathir bagi mendesak Perdana Menteri meletakkan jawatan.
Namun kehilangannya kini mula dirasakan agak janggal. Ke mana dia menghilangkan diri dan apa yang membuatkan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu tiba - tiba menyepikan diri?
Dari satu sumber Anonymous mendedahkan, Bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada ketika ini telah mengambil 'Satu Langkah Kebelakang' dari memberi sokongan kepada deklarasi.
Menurut sumber tersebut, Bekas Timbalan Perdana Menteri itu pada ketika ini sedang menganalisa semula hala tuju dan masa depan yang dijanjikan melalui deklarasi itu secara menyeluruh.
Sumber juga turut memaklumkan, Bekas Timbalan Perdana Menteri itu sebelum telah dijanjikan dengan jawatan tertinggi menggantikan Perdana Menteri dan Kerajaan Barisan Nasional akan terus dikekalkan.
Namun, mengikut senario semasa, rentaknya semakin berubah apabila pihak yang Pro Deklarasi mula memberikan kepercayaan dan menaruh sepenuh keyakinan kepada Azmin Ali.
Malah kecenderungan deklarasi itu juga kini mula dilihat memberat ke arah memenuhi agenda Pakatan yang bakal menyaksikan Kerajaan Barisan Nasional runtuh secara keseluruhannya.
Kalau dilihat sebelum ini, Azmin merupakan diantara Hulubalang paling setia yang cukup Ghairah memberikan sokongan sepenuhnya kepada kumpulan Pro Deklarasi pimpinan Tun Mahathir.
Walaupun Ketua De Facto PKR yang kini menetap di Sungai Buloh Hq telah pun memberikan amaran melalui surat panjang lebarnya, namun perkara itu tidak diendahkan oleh Azmin.
Maka keadaan itu yang membuatkan Bekas Timbalan Perdana Menteri itu terpaksa menilai semula kedudukannya dalam kumpulan Pro Deklarasi dan kini dilihat semakin menyepikan diri. Adakah mungkin baru kini dia tersedar yang dia dah tersalah langkah???
Terlanjur perahu boleh diundur, terlanjur perbuatan buruk padahnya.
BalasPadamlepas ni blh tengok ph berantakan akibat tun dn dap.
BalasPadamDengar cerita Muhyiddin ada terlibat kes skandal. Pada 20 Jun ni maka bermulalah kes tersebut dimana beliau secara tak langsung akan menjadi saksi. Itu sebab dia keep the head low.
BalasPadam