Rabu, Jun 15, 2016

Aduhai! Kesiannya la tengok jentera parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu ni berkempen sampai tahap ketandusan idea nak mengalahkan calon PAS yang bertanding di Sungai Besar.

Dek kerana gagal mencari pengaruh dan sokongan dari rakyat terhadap calon parti itu, jentera kempen parti KUALI Si Mat Sabu tu dilihat terpaksa menyebarkan fitnah terhadap calon PAS.

Semalam, kecoh didalam laman media sosial yang kemudiannya menjadi viral mengenai desas desus mengatakan calon PAS di Parlimen Sungai Besar itu akan menarik diri dari bertanding.

Alasan yang diberikan melalui pesanan diaplikasi Whatsapp itu berdasarkan kepada gambar kehadiran calon PAS itu dalam satu majlis berbuka puasa anjuran parti KUALI Si Mat Sabu tu.

Maka bertebaran la spekulasi didalam media sosial mendakwa KONONnya Dewan Ulama PAS mengadakan mesyuarat tergempar lewat malam semalam bagi membincangkan status calon PAS itu.

Namun, spekulasi yang disebarkan itu ternyata hanya sekadar satu cerita bohong yang dijaja oleh parti KUALI itu semata - mata apabila ianya dinafikan oleh Setiausaha Dewan Ulama PAS Selangor.

Dalam satu kenyataan balas semalam, sebaran fitnah yang menjadi viral melalui aplikasi Whatsapp itu sejak petang semalam telah dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
“Dewan Ulama PAS Selangor menolak sekerasnya amalan politik fitnah dan sebaran maklumat tanpa sebarang usul periksa dan tabayyun.
“Dewan Ulamak PAS Selangor akan terus bersama kepimpinan dan jentera PAS bagi memenangi PRK P093 Sungai Besar,” katanya dalam satu kenyataan ringkas.
Padahal, dari satu sudut, kehadiran calon PAS yang juga merupakan ADUN Meru tu ke majlis tersebut hanya boleh dianggap 'Meraikan Menteri Besar Selangor' sahaja. Bukan isu besar sangat pun.

Secara tidak lansung, kenyataan itu membuktikan bahawa parti KUALI Si Mat Sabu tu kelihatan terlalu terdesak nak mendapatkan sokongan dan meraih undi dari kalangan rakyat sehingga terpaksa menyebarkan fitnah sedemikian terhadap calon PAS!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. memang pan suka tabur fitnah. patutlah mereka lari kluar pas sbb pas tak izin politik fitnah mcm tu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping