Jumaat, Jun 17, 2016

Detik demi detik membilang waktu dan menantikan saat - saat terakhir bagi dua Pilihan Raya Kecil dikawasan Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar ini memang cukup mendebarkan.

Nak pulak bagi Si Azmin Ali selaku Menteri Besar Selangor yang semenjak dua menjak ni asyik menggali lubang kuburnya sendiri. Sudah pasti saat selepas 18 Jun nanti sangat dinanti - nantikan.

Desas desus mengenai perbalahan dalaman PKR kini bukan lagi hanya sekadar Retorik pihak lawan yang mahu memburukkan parti itu. Tetapi ianya satu perkara nyata yang tidak dapat disembunyikan lagi.

Biarpun kepimpinan PKR cuba nak menafikan berlakunya perbalahan didalam parti itu sepertimana yang dilaporkan sebelum ini, namun rakyat di Malaysia tidak la se-BODOH macai Pakatan.

Bahkan kewujudan dua kem yang berbalah sesama sendiri bagi merampas pucuk pimpinan kuasa parti itu juga semakin terserlah dengan pendedahan demi pendedahan yang dibuat sebelum ini.

Hakikatnya, perkara itu bukan rahsia lagi bilamana Rafizi sebelum ini bertindak sebagai Pembuka Mulut mendedahkan kecurangan dalam pemerintahan Rejim Azmin Ali di Selangor.

Pendedahan yang dibuat Rafizi Ramli tentang Rasuah Betina dalam pentadbiran Azmin Ali sebelum ini dianggap sebagai tukul besar yang cuba menghapuskan anak angkat Tun Dr. Mahathir itu.

Walaupun pendedahan yang dilakukan oleh Rafizi itu tidaklah hebat sepertimana fitnah yang ditabur selama hari ini, namun ianya sudah cukup untuk menggegarkan kerusi Si Menteri Besar Selangor.

Dan bagi sesetengah pendapat, pentas PRK kali ini merupakan ruang yang terbaik untuk PKR menyembunyikan semula pergolakan dalam parti itu dari terus dipersoalkan oleh rakyat.

Tapi MALANGNYA, peluang itu tidak diambik serius oleh kedua - dua belah pihak yang semakin hari semakin menonjolkan perbalahan sengketa diantara mereka secara terang - terangan.

Kalau diperhatikan menerusi laman twitter mahupun kenyataan peribadi yang melibatkan Rafizi dan Si Tipah Koyak menunjukkan PKR sedang berhadapan dengan masalah yang cukup kronik.

Malah gelagat Wan Azizah yang dilihat seolah - olah memulau majlis Azmin juga sudah cukup untuk memuktikan bahawa PRK kali ini merupakan tarikh terakhir sebelum Azmin berhadapan dengan masalah sebenar. Setakat mana dia mampu bertahan? Kita tunggu selepas 19 Jun nanti!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping