Selasa, Jun 14, 2016

Heh! Nampak gayanya, Si Mahfuz Bean ni semakin jelas memperlihatkan kepada semua orang tentang sifat 'Musang Berbulu Ayam' dengan menjadi 'Gunting Dalam Lipatan' kepada PAS.

Kalau nak dibandingkan dengan Khalid Samad atau pun Mat Sabu, apa yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni jauh lebih JIJIK dari menjadi 'Pengkhianat' yang bertindak keluar dari parti.

Sebaliknya, Si Mahfuz Bean ni nampak gayanya lebih selesa untuk menjadi 'Duri Dalam Daging' dengan menyindir PAS secara terang - terangan melalui kenyataan media yang dibuatnya.

Jika sebelum ini, parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu sendiri pernah menyifatkan Si Mahfuz Bean ni sama macam buah mangga Harumanis. "Kulit Luar Hijau, Isi Dalam Oren".

Perumpamaan itu sahaja sudah cukup untuk membuktikan 'Pengkhianatan' yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni dari dalam. Dan perilaku dia sejak kebelakangan ni pun menjurus ke arah itu.

Yang peliknya, kenapa PAS masih lagi sayang nak buang orang macam Si Mahfuz Bean ni sedangkan dia terang - terangan sudah menjadi 'Musuh Dalaman' yang cuba merosakkan parti itu?

Dalam kenyataannya semalam, Si Mahfuz Bean ni kata, adalah lebih baik sekiranya PAS mempercepatkan usaha untuk bersatu dengan UMNO sebelum tiba hari pembuangan Undi 18 Jun nanti.
"Oleh itu bagi saya masih belum terlambat sebelum hari mengundi awal pada selasa 14 Jun atau hari  mengundi pada 18 Jun untuk kedua dua parti Pas dan Umno/BN membuat kesepakatan yang terang dengan mengorbankan satu kerusi PRK yang ditandingi kali ini," katanya dalam satu kenyataan medianya hari ini.
Jelas, kenyataan yang berbaur sindiran itu menunjukkan seolah - olah Ahli Parlimen PAS Pokok Sena ni 'panas punggung' bila pucuk pimpinan parti itu cenderung ke arah penyatuan Ummah.

Tinggal lagi, persoalannya sekarang, adakah Si Mahfuz Bean tu akan terus kekal menjadi "Musuh Dalaman" PAS sekiranya parti itu menjalinkan hubungan kerjasama dengan UMNO?

ATAU, adakah Si Mahfuz Bean tu ada keberanian untuk mengambil langkah yang lebih matang dengan meninggalkan parti PAS secara 'Gentleman'? Setakat dia nak jadi 'Gentel-Man' kepada DAPigs sementara duduk dalam PAS, baik tak payah!!! Buang masa je!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. mahfuz ni dlm pas makin tak laku...biarlah dia merapu sndirian..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping