Selasa, Jun 14, 2016

Lama tak dengar cerita Politik dari Si Ostazah Pening ni. Ingatkan dia dah semakin insaf selepas berkahwin buat kali ketiga. Tapi nampak gayanya, masih tak berubah juga perangainya.

Dengar kata, Si Ostazah Pening tu tampil membuat satu kenyataan terbuka melalui paparan video berdurasi selama 18 saat menyokong calon parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu semalam.

Video itu kemudiannya menjadi viral dikalangan pengguna laman media sosial yang Pro Pakatan. Namun tidak dapat dipastikan sama ada benar - benar dah keluar dari PAS atau pun tidak.

Laporan yang disiarkan melalui laman portal Malaysia Dateline mendedahkan, ahli PAS seumur hidup itu kini dilihat lebih 'Mesra' menyokong parti KUALI pimpinan Si Mat Sabu tu.
“Tidak diketahui apakah Abby menyertai Amanah tetapi kini dilihat mesra Amanah dan turun membantu kempen Amanah dan Pakatan Harapan di Kuala Kangsar ketika calon PAS juga bertanding dalam pilihan raya kecil kali ini,” lapor portal pro PAN itu.
Laman portal tersebut mendakwa Si Ostazah Pening tu berkempen untuk calon parti KUALI Si Mat Sabu tu di bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Kangsar melalui kiriman rakaman video tersebut.

Dengan memakai trtudung merah jambu dan berkaca mata hitam, Si Ostazah Pening tu dilihat sedang ditemubual di kawasan parkir kenderaan tidak jauh dengan rumah kayu yang dipenuhi bendera PAN.
“Apa yang rakyat perlukan… dari segi agama, kebijaksanaannya InsyaAllah rakyat akan terbela…,” ujarnya dengan dilatari ucapan pemimpin Pakatan Harapan pada masa sama.
Kenyataan itu dipercayai merujuk kepada calon PAN bagi Parlimen Kuala Kangsar dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) yang menyaksikan pertandingan empat penjuru itu, lapor portal itu lagi.

Entah dari sudut mana Si Ostazah Pening tu kata calon PAN tu ada kelebihan sudut agama, tak pasti la pulak. Sedangkan kita tengok, calon PAN tu bercakap pun tak serupa macam orang yang ada agama je.

Sebelum ini, calon PAN tu sendiri membuat ugutan kepada pengundi di Kuala Kangsar, sekiranya mereka tak mengundi dia, maka pengundi di Kuala Kangsar perlu menjawab dengan Allah S.W.T.

Entah bila masa pulak ada fatwa kata kalau tak undi PAN akan mendapat kemurkaan dari Allah. Setakat ni, takde pulak ditulis dalam mana - mana kitab tafsir mengenai perkara tersebut.

Dalam erti kata mudahnya, nampak sangat calon dari parti KUALI Si Mat Sabu tu hanya membuat fatwa mengikut Kepala Lutut dia sendiri untuk meraih undi dan sokongan dengan sesuka hati mempergunakan kalimah Allah S.W.T. sebagai bahan kempen!!!
Categories: ,

7 ulasan:

  1. DOSA PELAKU RASUAH ADALAH LEBIH BESAR DARI DOSA ORANG YANG MAKAN BABI......... UMNO BN MAKAN RASUAH, ROMPAK HARTA RAKYAT, MENYELEWENG DAN SALAH GUNA KUASA. BERAPA BANYAK KESALAHAN YANG DIA DAH LAKUKAN BERBANDING DAP ????.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dap??mai (datang) penang tengok sendiri apa yg dapig buat dkt org melayu islam dipenang...pergilah ronda dipulau pinang smbil buka mata luas2...tgk apa dapiq dh buat dkt tanah org melayu islam dipulau pinang..itulah parti yg tolak hudud dan disokong oleh parti yg mengaku berjuang islam tp islamnya lintang pukang...

      Padam
    2. Ada bukti ke tak???? Ko gi ngaji la. Dosa pitnah tu lg beso ko tau tak?

      Padam
    3. Peguam bela guan eng ke mamat ni? Khir toyo dah keluar, tempatnya sapa yg nak gantikan agaknya.

      Padam
  2. Surah apa ayat keberapa kata kalau tak undai PAN kena jawab dgn Allah?

    BalasPadam
  3. ustazah pening ni pun ada orang puja ke? memang betul pening ni. dulu dia ingat pangkah pas masuk surga, sekarang dia ingat pangkah pan masuk surga pulak. dia ni ada sumber pendapatan tetap ke?

    BalasPadam
  4. pan anak didik dap...nk cakap pasal agama kunun....

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping