Khamis, Jun 16, 2016

Badan bukan kerajaan, Majlis Perundingan Melayu (MPM) mendakwa DAP cuba menggunakan Parti Amanah Negara (Amanah) sebagai parti penyelamat sekiranya ia dikenakan tindakan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Setiausaha Agung MPM Datuk Dr Hasan Mad berkata DAP mengambil langkah itu, selepas talian hayatnya, PAS yang sebelum ini bersetuju ‘meminjamkan logonya untuk DAP’, telah memutuskan hubungan kerjasama dengan mereka.

“Sudah tiga tahun lebih berlalu, ROS masih tidak lagi membuat keputusan berhubung status DAP susulan siasatan kontroversi keputusan pemilihan parti itu pada 2013, sama ada parti itu boleh dikekalkan atau dibubarkan,” katanya dalam sidang media di Sekinchan, di sini hari ini.

Pada 2013, ROS telah mengarahkan pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP selepas mendapati berlaku penyelewengan dan manipulasi undi oleh parti itu pada pemilihan awal pada Disember 2012.

Selepas pemilihan semula dilaksanakan, terdapat pula dakwaan sesetengah anggota parti itu dinafikan hak untuk menghadiri kongres parti itu sebagai perwakilan.

Manakala pada Mei lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata ROS masih menyiasat DAP masih berjalan kerana ada ‘percanggahan’ dalam dokumen yang dikemukakan dan RoS tidak berpuas hati dengan dokumen-dokumen yang DAP disediakan.

Justeru, kata Hasan MPM menggesa ROS untuk segera mengemukakan status siasatan berkaitan isu itu yang telah berlarutan sekian lama kerana dibimbangi akan mengelirukan orang ramai khususnya pengundi jika dibiarkan berterusan.

Dalam sidang media yang sama, Setiausaha Organisasi Nasional Parti Alternatif Rakyat (PAP) Rahmad Isahak pula mendakwa Amanah merupakan sebuah parti yang berada dalam ‘kedai pajak gadai’ dan ditebus oleh mereka yang mahu menggunakannya.
Categories: ,

4 ulasan:

  1. UMNO HANYA IBARAT "KAIN LAPIK PENUTUP KEMALUAN" ROSMAH!!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. KUALI KAYU BOLIH TAK BUAT GORENG...KAH KAH KAH......

      Padam
  2. Chih. ..hang pon malu nak sebut barang dalam kain ibu hang ada hati nak sebut barang dlm kain orang lain..

    BalasPadam
  3. memang awal2 lgi pan jdi alat dap...kini semakin jelas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping