Sudah terang lagi bersuluh yang Parti Amanah negara (PAN) ini sebenarnya khadam kepada DAPigs. Bukan setakat khadam je, tapi macai, orang suruhan, hamba, dan macam-macam lagi la.
Tapi apa yang peliknya, setelah macam-macam dikritik dan digelar sebagai boneka kepada DAPigs, walaupun PAN berada dalam komponen Pakatan Harapan. Namun dorang tetap menafikan perkara tersebut.
Calon PAN untuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Termizi Ramli ketika menyampaikan ceramah PAN yang dianjurkan oleh DAPigs di Taman Jerlun di Kuala Kangsar lewat Selasa lalu...
Saintis nuklear pro-Lynas itu berkata, kononnya dirinya dipilih menjadi calon bukanlah disebabkan PAN sebenarnya sudah menjadi khadam kepada parti cauvinis kaum Cina tersebut. Tetapi dia dipilih adalah bagi membantu rakyat disitu.
“Saya tiada apa-apa kepentingan dari segi kehidupan sebagai profesor pencen pun sudah cukup. Namun saya ingin balas balik ‘duit poket’ rakyat dengan menjadi khadam kepada penduduk di Kuala Kangsar ini,” katanya.
Dalam erti kata lainnya, Profesor Pro penyokong Lynas ni mengaku yang dia selama hari ini menyara hidup dengan 'Makan' hasil dari 'Duit Poket' rakyat. Itu pun dia masih tak rasa bersalah lagi ke?
Apa yang meghairankan, kalau benar PAN bukan hamba kepada DAPigs, habis kenapa gerak kerja kempen Pilihan Raya Kecil di kedua - dua kawasan Parlimen dikawal ketat oleh DAPigs?
Menurut laporan yang disiarkan melalui laman portal Utaranews, boleh dikatakan semua program ceramah yang diadakan sepanjang PRK Parlimen Kuala Kangsar dikawal selia oleh DAPigs.
"Yang paling kelakarnya, semua program ceramah telah diaturkan oleh DAPigs dan program ceramah dihadiri Ahmad Termizi turut diatur khas oleh jentera DAPigs sendiri dengan penasihat parti itu, Lim Kit Siang. Sudah tu ramai pulak geng DAP yang sibuk nak berucap, padahal calon PAN yang nak bertanding". - lapor laman portal tersebut.
Nampak sangat yang PAN tu "Kowtow" kepada semua perancangan yang telah diatur oleh DAPigs yang turut dianggap sebagai 'Abang Besar' mereka dalam Pakatan Haprak tu tanpa sebarang bantahan.
Malah, petugas media yang beragama Islam juga ‘dipaksa’ untuk bertugas lebih awal dan ada yang tak sempat nak berbuka puasa dan solat Maghrib. Rayuan supaya jadual ceramah itu dilewatkan pun tidak diendahkan. Urus setia PAN pulak mampu tengok je.
Nampak sangat yang PAN memang khadam DAPigs sebab dorang tak mampu nak atur program sendiri sehingga terpaksa mengiyakan sahaja apa yang dilakukan DAPigs. Itu baru jadi calon, nanti kalau dah menang macam mana pulak?
memang pan sejak ditubuhkan dpt sokongan dap...bantuan dap dn patuh kpd dap. rakyat k kangsar pun ramai dah tahu.
BalasPadamHaritu aq pegi ke bangunan kerajaan negeri pk , nampak bangunan dap betul betul depan pagar suk.bekas pemerintahan dap ,gara gara nikpapadom
BalasPadam