Rabu, Jun 08, 2016

Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengecam tindakan Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin yang didakwanya berterusan membuat tuduhan tidak berasas terhadap kerajaan Barisan Nasional (BN).

Menyifatkan Mohammad Nizar sebagai ‘penipu bersiri’, Zambry berkata bekas menteri besar Perak itu dilihat tanpa henti memfitnah dan membangkitkan isu tertentu walaupun telah diperjelaskan kerajaan sebelum ini.
“Saya amati perangai dia tidak habis-habis buat serangan. Bayangkan bulan Ramadan pun dia nak menipu,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penyelarasan jentera pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar di sini semalam.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan Mohammad Nizar yang mengatakan Zambry memberi tanah kepada kroni tertentu dalam ceramah umum parti itu di Kampung Sayong Lembah, di sini semalam.

Mohammad Nizar yang dipetik dalam media sosial turut berkata “Allah mahu orang Kuala Kangsar ‘mengajar’ (memberikan kekalahan kepada) BN menerusi PRK Kuala Kangsar”.

Mengenai dakwaan kerajaan negeri memberikan tanah seluas 45,324 hektar kepada pihak tertentu, Zambry berkata perkara itu telahpun diperjelaskan sebelum ini termasuk pada sidang Dewan Undangan Negeri Perak.
“Pembangkang ini telah kekeringan dan habis modal, sebab itu akan buat pembohongan,” katanya.
Zambry juga turut meminta agar para pengundi di Parlimen Kuala Kangsar supaya tidak terpengaruh dengan pelbagai dakyah fitnah dan tohmahan yang dilemparkan pembangkang itu.

PRK Parlimen Kuala Kangsar akan diadakan pada 18 Jun ini berikutan kematian Anggota Parlimennya dalam nahas helikopter di Sebuyau, Sarawak pada 5 Mei lalu. Ia bakal menyaksikan pertembungan empat penjuru antara BN, PAS, Amanah dan Bebas.
Categories:

1 ulasan:

  1. masa nizar jdi mb dulu pun ada tanah yg diberi hak milik.....siapa yg dapat tu?

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping