Selasa, Jun 14, 2016

Jika ini tidak boleh dianggap sebagai satu bukti kepada 'Pengkhianatan Terbuka' yang dilakukan oleh Presiden PKR terhadap rakan sekutunya PAS, apa lagi yang boleh kita katakan?

Jelas, kenyataan dan sokongan secara terbuka yang diberikan oleh Wan Azizah kepada calon parti KUALI yang dipimpin oleh Si Mat Sabu tu juga merupakan satu 'Penghinaan' kepada PAS.

Malah, apa yang diperkatakan oleh Si Wan Azizah itu juga boleh dianggap seolah - olah dia menidakkan kedudukan PAS sebagai rakan sekutunya dalam barisan pembangkang di Parlimen.

Yang menjadi isunya sekarang, kenapa Si Wan Azizah tu tidak turun berkempen untuk memenangkan calon PAS dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar kali ini?

Sebaliknya, Presiden PKR itu dilihat lebih cenderung menyokong kempen dari calon parti KUALI dengan membuat rayuan agar rakyat mengundi PAN dalam Pilihan Raya Kecil kali ini.
Undi Amanah.. kita nak undi suara yang boleh menguatkan pembangkang di parlimen. Itu yang pentingnya,” kata Wan Azizah ketika ditemui turun berkempen bersama calon PAN, Azhar Abdul Shukur di Bazar Ramadan di Pekan Sungai Besar petang ini.
Bukan ke selama hari ini, Si Wan Azizah tu sendiri juga yang turut dilihat bertungkus lumus nak mempertahankan kerjasama diantara partinya dengan PAS selaku barisan pembangkang?

Dah berapa banyak kali Si Wan Azizah ni keluarkan kenyataan dengan menegaskan bahawa PKR tetap akan meneruskan kerjasama mereka dengan PAS bagi meraih sokongan diperingkat akar umbi.

Adakah ini balasan yang sewajarnya diberikan oleh Wan Azizah kepada segala sokongan dan dokongan yang telah dicurahkan oleh PAS kepada PKR selama hari ini sejak dari hari penubuhannya?

Bahkan, Setiausaha Agung PKR sendiri mengakui bahawa PAS merupakan pihak yang paling tegar memberikan sokongan kepada PKR sewaktu parti itu mula - mula ditubuhkan pada tahun 1998.

Jadi, mengapa sokongan yang ditunjukkan oleh Si Wan Azizah ini kepada parti yang menjadikan PAS sebagai Musuh Utama ini tidak wajar dianggap sebagai satu Pengkhianatan Terbuka?

Jelas, pendirian yang ditonjolkan oleh Si Wan Azizah ini membuktikan bahawa PKR merupakan sebuah parti yang tidak mempunyai pendirian. Sebaliknya mereka suka mempergunakan orang lain demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri!!!
Categories: , ,

13 ulasan:

  1. Dia sama je dengan Azmin, bersuisah payah pujuk PAS
    tapi PAS berdegil, nak juga letak CALON kat dua-dua
    PRK tu. Sekarang terimalah padahnya. Tak boleh salahkan
    sesiapa.Tambahan pula, semua orang keliru - PAS ni dah
    kawen ke belom dengan UMNO. Atau cuma bersekedudukan
    je.........??????

    BalasPadam
    Balasan
    1. bab ini tanya pada TG Nik ABDUH .... Ayah tak restu PAS nak tawin ngan UMNO KALAU TAK BERUBAH. Anak nak juga tawin...? So bila Ayah dah tak der bolehlah TAWIN.

      Padam
    2. Subhanallah...hati-hatilah bila berkata.ksta

      Padam
  2. PAS yg nk kawen dgn umno ke pkr yg hegeh2 nk kawen dgn umno...sedarlah diri tu sikit dh la bg tongkat dkt umno lps tu dok canang PAS nk gabung dgn umno...smpai bila anjing2 dap ni fitnah ni dh bertahun2 anjing2 dap ni tuduh PAS nk gabung tp smpai hari ni alhamdulillah PAS xgabung pn tp parti yg dok tuduh PAS mcm2 tu yg hegeh2 nk ug dgn umno

    BalasPadam
  3. Nak menguatkan ke nak menghuruharakan parlimen..

    BalasPadam
  4. Inikah rupa balasan yg PAS terima kerana bertahaluf dengan puak2 kominis dan penyokong LGBT? Memanglah x sesuai sama sekali.

    BalasPadam
  5. Jawapannya adalah PKR kena bully dgn DAP dan khadam DAP yakni PAN.

    Kah kah kah DAP paksa PKR tolong khadam. Itu pasal khalid samad cakap bergema macam pengantin baru lepas kena minyak dhab dan susu unta.

    BalasPadam
  6. Gi mampos ngan pas.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAN yg patut mampus kerana cakap besar. Berpisah dgn PAS jadi kadam DAP.

      Padam
  7. http://www.malaysiakini.com/news/345260
    IPIC heret 1MDB, MOF kepada timbang tara London tuntut AS$6.5b

    ce-pat ce-pat
    sebar kan.
    GAMECHANGER DI KK DAN SB.

    BalasPadam
  8. kayu..kayu. kayu..kayu. sapa mau kayu. kayu bolih pungkang anjing. kayu bolih bikin kayu api. kayu bolih bikin macam2.
    ada kayu bolih bikin api masak. letak kuali bolih bikin goleng babi. kah kah kah......

    BalasPadam
  9. wan azizah tu dok diam2 je la...pkr yg dipimpinnya dah mula retak tunggu belah je.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping