Ahad, Ogos 14, 2016

Bak kata pepatah orang lama, "Kalau Kail Panjang Sejengkal Lautan Dalam Jangan Diduga". Tapi kalau ada rezeki, apa salahnya kita mencuba, ye tak? Mungkin itu pegangan PAS dalam keadaan ini.

Tinggal lagi, sejauh mana PAS berjaya nak menduga 'Laut Dalam' tu dan mengambil tindakan terhadap pengasas "Kitab Rewcastle" tersebut? Itu satu persoalan yang kita nantikan jawapannya.

Hari ini, Setiausaha Agong PAS, pada sidang media hari ini berkata mereka telah mengenalpasti badan Queen’s Counsel (Q.C) atau lebih dikenali sebagai Peguam Diraja di London untuk membantu membawa kes laporan Sarawak Report ke mahkamah di England.
“Kita telah mengenal pasti Queen’s Counsel (Q.C) iaitu Peguam Diraja di London yang pernah ada hubungan dengan kita (PAS) berhubung kes-kes sebelum ini dan kita jangka dalam waktu terdekat kita akan kaji dan failkan kes ini ke mahkamah, waktu terdekat itu ialah dalam tempoh satu bulan,” kata beliau.
Q.C yang dimaksudkan adalah badan terkanan dari England yang suatu masa dulu pernah membantu PAS menyelesaikan kes berhubung dakwaan mengenai Tuan Guru Presiden PAS, Haji Abdul Hadi Awang adalah seorang pengganas.
“Ya, badan tersebut adalah orang Britain kerana pusat media Sarawak Report adalah di England, jadi kita memerlukan khidmat dan bantuan mereka,” kata Takiyuddin.
Manakala dalam satu kenyataan lain berhubung isu yang sama, Naib Presiden PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad telah mengesahkan mengenai berita tersebut.
“Alhamdulillah. Presiden Pas, Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang memaklumkan di dalam Mesyuarat PAS Pusat bersetuju untuk saman Sarawak Report. Insya-Allah, Tuan Guru akan berhubung dengan peguam di UK yang membantu kes saman TGHH satu ketika dahulu. Jangan lupa kita terus berdoa agar Allah menunjukkan kebenaran dan membalas kerja buat Sarawak Report dan sekutunya,” kata Idris.
Nampak gayanya, ghairah betul PAS nak ambik tindakan terhadap tuduhan pengasas Kitab Rewcastle tu ye? Kalau sebelum ini, ramai pemimpin dan pengikut parti tu percaya kepada tuduhan yang dilemparkan terhadap 1MDB, diorang buat diam je!!!
Categories: ,

5 ulasan:

  1. Sokong PAS saman iblis betina tu..sekurang2nya mereka ada maruah..jgn jadi UMNO..byk loyor2 yg hebat2 tapi kenapa xberani saman..asyik berkokok saje..well done PAS..rezeki di tgn ALLAH..iblis betina patut dihapuskan sifat suka memfitnah org2 ISLAMZ..agenda pembangkang.

    BalasPadam
  2. Diharap pas dapat menebus maruahnya.
    UMNO bila lagi. Boleh join sama kalau tak tau nk amik tindakan sendiri.

    BalasPadam
  3. Biarlah..berjaya atau sebaliknya itu perkara kedua...kalau tak pechah ruyong dimana sagunya.lebih baik dari parti lain walau pon kena luku sampai bengkak bengkil kepala namun tak saman apa2 pon .

    BalasPadam
  4. Sokong klu Pas saman. Jngn bagi muka kpd pemfitnah antarabngsa tu. Insyaallah berjaya.

    BalasPadam
  5. bakpo pulok pas nok samey pengasas kitab yang anuti sekian lamo.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping