Selasa, Oktober 25, 2016

Kit Siang dilihat masih lagi cuba mempertahankan tindakan semua Ahli Parlimen Pakatandan seorang wakil PAS yang keluar Dewan Rakyat ketika sesi pembentangan Bajet 2017 dengan alasan kononnya disebabkan provokasi oleh Datuk Seri Najib Razak.

Demikian alasan diberi oleh Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang ketika Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyatakan beliau sudah menghidu mengenai rancangan pihak pembangkang itu sejak dari awal.

Bagaimanapun apabila diminta untuk mengulas kenyataan yang dibuat oleh Pandikar Amin, Penasihat DAPiga itu dilihat cuba mengelak dan enggan menjawab, meskipun soalan itu diajukan berulang kali oleh pihak wartawan yang hadir.

Sebaliknya, Si Apek Kit Siang tu cuba nak memperlekehkan soalan yang diajukan oleh pihak media dengan memberikan gambaran kononnya mereka tidak melaporkan kemarahan puak Pakatan itu terhadap provokasi Perdana Menteri.
"Saya tak tahu, apa yang rancang?  Ini kerana provokasi oleh PM. Apa yang dikatakan tentang rasuah, kleptokrasi dan pemberita mesti menyampaikan kemarahan dalam isu ini. 
Anda orang Malaysia bukan? Anda mahu ditadbir oleh 'PPP', iaitu pencuri, perompak dan penyamun? Semua orang tidak mahu. Jadi semua ahli parlimen berang dengan isu ini," katanya ringkas ketika ditemui pemberita di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memaklumkan bahawa dia sudah dapat menghidu perancangan yang diatur oleh pihak pembangkang untuk keluar Dewan Rakyat ketika pembentangan Bajet 2017 sejak sehari sebelum ia dibentangkan.
"Yang Berhormat fikir telinga saya ini tidak dengar apa-apa? Ada mesej yang sampai kepada saya daripada teman-teman bahawa esok ada tindakan keluar dewan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjelaskan kepada Ahli Parlimen berhubung larangan perbincangan mengenai tindakan sivil Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DoJ) kerana ianya boleh menyebabkan subjudis.

Pandikar Amin berkata beliau sudah membuat keputusan mengenai perkara itu mengikut Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat bahawa ia tidak boleh dibincangkan kerana subjudis memandangkan perkara itu sedang dibicarakan dimahkamah.

Pembentangan Bajet 2017 yang dibuat oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu telah dicemari oleh tindakan kebudak - budakkan dikalangan Ahli Parlimen pembangkang yang mempamerkan plakad dan bertindak keluar dari Dewan Rakyat.

Bagaimanapun tindakan tersebut tidak disertai oleh Ahli Parlimen PAS, kecuali Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar. PAS menganggap tindakan yang yang tidak bertanggungjawab oleh Ahli Parlimen Pakatan itu sebagai satu langkah tidak profesional dan tidak menghormati Dewan Rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Wahai kit siang ramai juga org marah penang ditadbir oleh ppp mcm ko ckp tu..apasal ko tak tegur ppp kat penang tu..haramm punya orang..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping