Rabu, Oktober 26, 2016

Buat sekian kalinya, Presiden PAS tampil dengan komen yang mampu membuatkan puak Pakatan Haprak tu meroyan macam orang hilang akal apabila dia mengulas mengenai tindakan keluar dewan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen Pakatan baru - baru ini.

Presiden PAS meminta semua ahlinya khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya. 
"Kepada semua ahli PAS termasuk para pemimpin khususnya yang menjadi Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya," kata Abdul Hadi dalam tulisannya di Harakahdaily, lidah rasmi Pas. 
Abdul Hadi dipercayai merujuk kenyataannya kepada tindakan sebahagian besar pembangkang yang bergaduh dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Dewan Rakyat ketika beliau membentangkan Bajet 2017 Jumaat lalu. 
"Kewajipan kami ialah mengajak seluruh manusia dalam masyarakat majmuk supaya melakukan perubahan kepada Islam yang menjadi rahmat kepada seluruh alam dan adil terhadap semua," katanya. 
Kini, katanya, PAS masih menjadi pembangkang dan tidak berhasrat untuk menyertai Barisan Nasional kerana perbezaan dasar dan pendekatan yang tidak memuaskan. Begitu juga dengan penerimaan mereka terhadap Pakatan Haprak tu.
"PAS menjadi pembangkang yang istiqamah dengan dasar Islam, konsep dan pendekatannya," kata ahli parlimen Marang itu.
Bagi seorang blogger Pro PAN, kenyataan Hadi Awang itu sudah menjadi kebiasaan dengan penggunaan bahasanya begitu. Nak buat macamana lagi. Naib Ketua Ulama Sedunia katakan. Ada lesen besar untuk berkata sesuka hati agaknya. 

Kata, Hadi Awang meminta semua ahli PAS khususnya Ahli Parlimen dan Adun supaya beristiqamah dengan cara Islam yang berpijak di atas landasannya dan jangan berlagak seperti keldai yang bertempik atau anjing gila yang menyalak dan menerkam mangsanya. 

Namun blogger Pro PAN itu tampil mempertikaikan kehadiran Hadi Awang yang didakwa ponteng kerana tidak menghadirkan diri di Parlimen sewaktu pembentangan Bajet 2017 dibuat oleh YAB Perdana Menteri, Jumaat baru - baru ini. 
"Akhlak Islamkah yang mengajar seseorang itu untuk ponteng parlimen walaupun ambil gaji dan elaun?
"Bukankah menunaikan amanah sebagai ahli parlimen itu WAJIB hukumnya? Jika tak mampu untuk hadir, lebih baik letak jawatan sebelum hukum kebenaran dan keadilan berjalan dimana Presiden PAS akan dipaksa untuk meletakkan jawatan," dakwa blogger tersebut.
Pokok pangkalnya, dakwaan yang dibuat oleh blogger Pro PAN itu membuktikan yang puak Pakatan Haprak tu mudah terguris dan beremosi ketika memberikan ulasan mengenai tindakan yang dilakukan oleh Ahli Parlimen mereka sendiri.

Apa yang jelas, mereka hanya melihat kesalahan orang yang memberikan komen terhadap tindakan tidak bertanggungjawab yang ditonjolkan oleh Ahli Parlimen Pakatan Haprak tu sendiri. Tapi dalam masa yang sama, diorang taknak pulak menegur sifat kebudak - budakkan Ahli Parlimen Pakatan Haprak tu!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Blogger pan tu kata kat orang pandai..hbs wakil rakyat dia ambil elaun ambil gaji tp masuk parlimen sekejap saja lainnya lepak di luar parlimen sbb tak tahan telinga bl pm bentang budget tuk malaysia tu..mangkuk punya blogger..kasi betul lu punya ahli parlimen dulu la..binawe..

    BalasPadam
  2. Memang Pan tak berakhlak...kerusi yg ada tu menang atas tiket Pas....lompat si katak lompat.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping