Selasa, Oktober 25, 2016

Mahkamah Rayuan hari ini menolak permohonan Si Ketua Penipu tu berhubung tuntutan samannya terhadap Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, sebaliknya mengarahkan bekas ketua pembangkang itu untuk membayar kos sebanyak RM100,000.

Panel Hakim yang diketuai oleh Datuk Umi Kalthum Abdul Majid berkata kes Si Ketua Penipu itu tidak mempunyai merit. Panel Hakim juga turut disertai oleh Datuk Abdul Rahman Sebli dan Datuk Hasnah Mohammed Hashim.

Sebelum ini, saman Si Ketua Penipu itu telah membuat tuntutan sebanyak RM100 juta daripada Anifah, tetapa ianya ditolak oleh Mahkamah Tinggi pada tahun lalu, dengan menganugerahkan kos RM20,000 kepada ahli politik Sabah itu.

Ia memutuskan mahkamah tempatan tidak ada kuasa membicarakan perkara yang berlaku di luar Malaysia. Saman fitnah Si Ketua Penipu tu adalah berkisarkan kepada sidang media yang dibuat oleh Anifah Aman di Washington pada tahun 2009.

Dalam samannya, Si Ketua Penipu tu menuduh menteri berkenaan cuba memberikan gambar seolah - olah dia merupakan seorang yang tidak layak memegang apa - apa jawatan dan juga dianggap ancaman kepada masyarakat Malaysia.

Dalam sidang media itu, Anifah juga turut mendakwa yang dia pernah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri sekiranya berjaya mendapatkan sokongan wakil rakyat Sabah bagi menjatuhkan kerajaan BN dalam gerakan 16 September.

Pada 2008, Si Ketua Penipu tu mendakwa yang dia berjaya meyakinkan majoriti ahli Parlimen termasuk di Sabah dan Sarawak supaya tidak menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi. Usaha itu bagaimanapun gagal.

Si Ketua Penipu itu diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli dan J. Leela, manakala Tan Sri Shafee Abdullah mewakili Anifah. Razlan berkata Mahkamah Tinggi silap keputusan memihak Anifah dengan berdasarkan kenyataan penafian pada sidang media itu.

Anifah dilaporkan berkata sidang media itu yang ucapannya adalah hanya untuk pengetahuan mereka yang hadir. Menurut Razlan, sebagai seorang menteri, Anifah tidak patut membuat ucapan sedemikian sekiranya sedar ia akan diterbitkan.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Harap Anwar sedar kesilapannya yg lalu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping