Ahad, Oktober 23, 2016

Alahai! Memang kesian betul tengok kelibat Si Mak Lampir ni. Tak habis - habis lagi dia nak meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Semakin hari semakin nampak macam orang yang tak siuman pun ye jugak Si Mak Lampir ni.

Apa yang jelas, setidak - tidaknya kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu hari ini membuktikan yang dia masih lagi hidup dengan penyakit 'Denial Syndrome' dan tetap berdegil mahu kekal dalam khayalan dunia fantasi ciptaan dirinya sendiri.

Si Mak Lampir tu hari ini mendakwa persepsi dikalangan rakyat yang menganggap PKR Sabah sudah semakin lumpuh adalah tidak benar sama sekali. Sebaliknya, Ketua Wanita PKR itu mendakwa kekuatan parti itu di Sabah masih lagi kukuh.
“Wanita KEADILAN (PKR) Sabah masih lagi mantap. Yang keluar itu ketua-ketua yang tidak ada fungsi, tak aktif dan tak jalankan tugas sebagai wanita cabang di peringkat cabang.
“Mereka seperti tidak buat mesyuarat, tidak hadir mesyuarat di peringkat negeri, tak buat aktiviti dan tak ikut panduan wanita pusat,” kata Zuraida dalam satu kenyataan media di Ibu Pejabat PKR sebentar tadi.
IRONIKnya, bagi sesetengah pihak, mereka mendakwa kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir tu dianggap sudah 'Terlampau Basi' kerana isu berkaitan dengan kemelut kepimpinan yang melanda PKR Sabah itu sudah terlalu lama berlalu.

Namun apa yang jelas, kenyataan Si Mak Lampir itu dilihat agak bertentangan dengan apa yang dinyatakan Tian Chuak yang mendakwa PKR masih lagi bersedia untuk menjalinkan kerjasama Politik dengan bekas pemimpin PKR Sabah itu.

Tian Chuak memberikan pandangan itu beberapa hari selepas isu berkaitan dengan kemelut kepimpinan PKR Sabah itu berlaku sewaktu Pengerusi parti itu dan beberapa orang pemimpin kanannnya meletakkan jawatan dan bertindak keluar parti.

Yang herannya, jika Si Mak Lampir tu anggap pemimpin PKR Sabah yang keluar parti sebelum ini semuanya tidak berfungsi, tidak aktif dan tidak menjalankan tugas, kenapa Si Tian Chuak tu kata PKR masih bersedia nak jalinkan hubungan dengan mereka?

Tidakkah kenyataan yang dibuat oleh Si Mak Lampir itu dilihat seolah - olah memberi gambaran bahawa kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Tian Chuak tu sebelum ini hanya sekadar tipu muslihat untuk memperbodohkan rakyat di Sabah?

Secara dasarnya, pendirian berubah - ubah yang dibuat melalui kenyataan media oleh kepimimpinan PKR ini jelas hanya sekadar mahu menimbulkan kekeliruan dikalangan rakyat, terutama mereka yang berasal dari Negeri Sabah itu sendiri.

Hakikatnya, kepimpinan PKR ni hanya berminat mahu memperbodohkan rakyat Sabah dan seluruh rakyat Malaysia dengan sandiwara yang dihidangkan kepada mereka demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka semata - mata. Bukannya puak PKR ni peduli sangat dengan orang di Sabah tu pun!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping