Isnin, November 14, 2016

Kenyataan Ketua Menteri P.Pinang, Lim Guan Eng, yang mendakwa dia dan Ketua Polis Negara telah mengadakan sesi perbincang mengenai penubuhan Badan Peronda Sukarela (BPS), akhirnya memakan diri apabila ianya terbukti palsu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar ketika dihubungi oleh pihak media memberitahu bahawa dia langsung tidak pernah membincangkan perkara berkenaan dengan Guan Eng seperti mana yang telah didakwa oleh Ketua Menteri itu.

Malah Khalid juga turut menegaskan bahawa dia langsung tidak pernah berjumpa dengan Setiausaha Agung DAP tersebut bagi berbincang mengenai perkara berkenaan, apa tah lagi memberikan kebenaran untuk menubuhkan pasukan tersebut.

Dalam erti kata lainnya, Si Guan Eng ini bukan sahaja berbohong kepada anggota - anggota BPS dan juga media yang telah menghadiri Majlis Pelancaran BPS yang diadakan di KOMTAR, tetapi dia juga berbohong kepada seluruh rakyat P.Pinang.

Persoalannya, wajarkah bagi seorang Ketua Menteri yang selama ini bersikap begitu angkuh mendakwa dirinya sebagai seorang yang telus, berbohong kepada rakyat dan juga cuba untuk mengelirukan dengan kenyataan palsu sedemikian?

Jika perkara yang membabitkan keselamatan rakyat sebegini pun sanggup dijadikan bahan modal Politik Murahan oleh Guan Eng, entah apa lagi yang telah dibohonginya sepanjang 2 penggal dia memerintah Pulau Pinang selama hari ini?

Sebagai rekod, ini bukan kali pertama pemimpin tertinggi DAPigs berkenaan bercakap bohong kepada rakyat dan juga membuat kenyataan yang berputar - belit didalam media. Malah Si Guan Eng tu dah banyak kali mengulangi sikap yang sama.

Guan Eng sebelum ini pernah berbohong kepada rakyat apabila menuduh SDO Pulau Pinang yang didakwa tidak menyediakan kerusi khas untuk dia duduk semasa Majlis Naik Taraf Perkhidmatan Bukit Bendera pada tahun 2009.

Ekoran tindakan tersebut mula mendapat perhatian dan komen negatif dari orang ramai, Guan Eng bertindak memfailkan saman terhadap akhbar Utusan yang didakwanya menabur fitnah kerana tiada bukti dia berkata sedemikian sewaktu majlis terbabit.

Pokok pangkalnya, Si Guan Eng ni bukan la seorang pemimpin yang benar - benar telus sepertimana yang didakwa selama hari ini. Sebaliknya, Si Guan Eng ni hanya sekadar pandai membangkitkan spekulasi dan memberi gambaran songsang semata - mata untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi dirinya sendiri!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping