Rabu, November 09, 2016

Hahaha!!! Memang sebijik macam TAIK perangai yang ditonjolkan Si Menteri Besar Selangor ni. Nampak sangat dia sekarang ni berada dalam keadaan yang cukup tertekan sehingga menyebabkan dia bertindak macam orang yang dah hilang akal.

Jika sebelum ini, dia juga yang buat dakwaan dan tuduhan terhadap Si Khalid Ibrahim tu dalam sidang Dewan Undangan Negeri selepas pihak Speaker DUN menghalang Khalid membangkitkan usul berkaitan dengan isu SPALSH.

Sekarang, apabila isu mengenai pengambil-alihan syarikat tersebut menjadi isu yang penuh dengan kontroversi sehingga bakal diheret ke perhatian pihak berkuasa SPRM, mula la Si Menteri Besar Selangor tu menggelupor tak tentu arah.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor tu hari ini, dia mencabar agar ADUN Klang itu hadir ke sidang DUN dan menjawab serta menyangkal semua dakwaan yang timbul mengenai isu pengambil-alihan ekuiti SPLASH itu.
"Sidang dewan telah rakamkan (hansard) dengan cukup jelas...sebab itu saya cadang dan wajar beliau hadir dalam sidang dewan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis perasmian Persidangan Kehakiman dan Perundangan Syariah Nusantara di sini, Selasa.
Abdul Khalid sebelum ini menafikan dakwaan Mohamed Azmin yang mengatakan kerajaan Selangor ketika di bawah pimpinannya menawarkan sebanyak RM2.975 bilion bagi pengambilalihan ekuiti SPLASH diantara tahun 2008 dan 2014.

Persoalannya, jika benar Si Menteri Besar Selangor tu telus dalam pentadbirannya, kenapa sebelum ini Pejabat Speaker DUN menolak usul yang mahu dikemukakan oleh Khalid Ibrahim dengan memberikan alasan yang jelas tidak masuk akal?

Sebelum ini, pejabat Speaker DUN Selangor dilaporkan telah menolak usul yang dibangkitkan oleh Khalid Ibrahim dengan memberikan alasan kononnya usul tersebut dibuat hanya berdasarkan kepada 'Andaian' Bekas Menteri Besar itu sahaja.
Dari satu sudut, banyak pihak melihat tindakan pihak Speaker DUN Selangor itu sebagai satu usaha untuk menutup isu berkaitan dengan pengambil-alihan ekuti itu dari diketahui secara umum. Maka sebab itu mereka menolak usul yang dibangkitkan.

Apa yang jelas, tindakan yang dilakukan oleh Si Menteri Besar Selangor tu memperlihatkan permainan Politik Retorik yang sering kali menjadi amalan dikalangan puak - puak Pakatan Haprak tu dan menyerlahkan sifat Hipokrit pentadbiran Azmin yang sejak akhir - akhir ni sering kali dikaitkan dengan kontroversi yang melibatkan Dana Rakyat!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping