Selasa, November 08, 2016

Ramai yang masih lagi tertanya - tanya dengan sikap MUNAFIK yang ditonjolkan oleh Si Mahfuz Bean ni. Sampai bila dia nak jadi Musang Berbulu Ayam didalam PAS sehingga dilabelkan sebagai 'Musuh Dalam Selimut' secara terang - terangan?

Adakah Ahli Parlimen Pokok Sena ni benar - benar seorang pemimpin tidak mempunyai sebarang maruah sehingga sanggup menjadi Pengkhianat dalam parti namun tidak berani untuk meninggalkan parti itu dengan cara yang lebih terhormat?

Apa yang jelas, tindakan dan sikap yang dipamerkan oleh Si Mahfuz Bean ni tak ubah sama seperti Pengkhianatan yang dilakukan oleh Abdullah bin Ubay yang telah melakukan pengkhianatan terhadap tentera Muslim ketika Perang Uhud.

Persoalannya, apa yang menyebabkan Si Mahfuz Bean tu sering kali dilihat menyokong puak Pakatan Haprak tu sehingga dia sanggup membelakangi pendirian yang telah ditetapkan oleh pucuk pimpinan partinya sendiri sebelum ini?

Adakah Si Mahfuz Bean tu sudah hilang keyakinan terhadap kepimpinan PAS yang diterajui oleh Hadi Awang dan menyebabkan dia memilih untuk cenderung bersama - sama dengan Pakatan Haprak tu dalam perjuangan Politiknya?

Bukan sekali dua Si Mahfuz Bean ni mempamerkan sikap sedemikian secara terang - terangan yang jelas bertentangan dengan dasar perjuangan parti demi untuk meraih publisiti murahan. Tapi sedikit pun dia tidak merasa bersalah terhadapnya.

Malah perkara itu tetap dilakukan oleh Si Mahfuz Bean ni sewaktu undian Bajet 2017 dijalankan dimana Ahli Parlimen PAS yang lain semuanya bersikap berkecuali untuk tidak mengundi bagi meluluskan Bajet yang telah dibentangkan sebelum ini.

Si Mahfuz Bean tu dengan sikapnya yang tidak bertanggungjawab terhadap rakyat telah mengundi untuk menolak bajet tersebut biarpun didalam bajet itu terkandung beratus - ratus kepentingan rakyat yang perlu dijadikan sebagai keutamaan.

Tidak dinafikan bahawa didalam Bajet 2017 yang telah dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri itu terkandung pelbagai insentif untuk rakyat secara keseluruhan yang merangkumi subsidi, pemberian gaji kepada penjawat awam dan sebagainya.

Sementelah lagi PAS kini melaksanakan dasar perjuangan Politik yang lebih matang dan tidak menjadi pembangkang yang hanya membangkang semua dasar Kerajaan secara membuta tuli sepertimana yang dilakukan oleh puak Pakatan.

Apa yang jelas, tindakan tidak bertanggungjawab yang dipamerkan oleh Si Mahfuz Bean tu bukan sahaja membuktikan yang dia merupakan seorang Ahli Parlimen yang tidak berpendirian. Malah dia juga sering kali membelakangkan kebajikan rakyat demi untuk menjaga kepentingan Politik Peribadinya sendiri!!!
Categories: ,

6 ulasan:

  1. mahfuz taik.

    BalasPadam
  2. Mahfuz jiwanya Pakatan/PPBM tapi pakai baju PAS. Kira munafik jugalah tu. Atau dia diberi dedak oleh pihak2 tertentu supaya berkelakuan sebegitu pun mungkin juga.

    BalasPadam
  3. Dia dah tau....nama dia dah masuk buku utk dilelong.Pru ni habislah riwayat dia dlm pas.

    BalasPadam
  4. Dia tidak berani tinggalkan pas kerana takut melanggar bai'ah ketika bersedia menjadi calin pas tempoh hari. Antara kandungan bai'ah itu ialah... Sekiranya meninggalkan parti, segala pendapatan drpd gaji adun atau mp adalah haram....jadi dia ikut cara hussam musa,,kerana sayang gaji dan takut isteri tertalak tiga,,maka tak berani keluar pas, sebaliknya buat onar dgn harapan dipecat parti. Bila di pecat,,terpelihara la gaji dan isteri. Mahfuz,, ,, saya syok ikut ceramah mahfuz dahulu, dan pernah sekali mahfuz,kamil ayob dan dr hatta selepas berceramah, jamuan di rumah saya....sekarang,,dia jadi orang munafiq,,,,nauzubillah...

    BalasPadam
  5. PAS simpan buat apa... tendang je le... sembelih buat lauk bagi makan puak2 Dapig....

    BalasPadam
  6. Ahli pas lgi tu...tpi tak setia. Mcm musang berbulu ayam jgk la.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping