Rabu, November 09, 2016

Heh! Kini semakin hari semakin terserlah ke-Tunggul-an Kayu Si Wan Azizah tu sebagai seorang Ketua Pembangkang. Memang betul la orang kata yang Si Wan Azizah tu tak layak nak menjawat jawatan tersebut dan perlu diganti dengan orang lain.

Punya la Si Wan Azizah tu tak mampu nak memainkan peranannya sebagai seorang Ketua sehingga terpaksa bergantung harap kepada orang luar untuk menjadi wakil bagi menyuarakan hasrat puak Pakatan Haprak tu didalam Parlimen.

Dan IRONIKnya, yang dipanggil pun bukan orang lain. Sebaliknya individu yang pernah memecat jawatan Timbalan Perdana Menteri yang disandang oleh suaminya yang sebelum ini telah didakwa terlibat dengan aktiviti seksual luar tabiie.

Itu secara tidak lansung membuktikan bahawa ketidak-mampuan Si Wan Azizah memainkan peranan utamanya sebagai Ketua Pembangkang, apatah lagi nak menjadi Ketua kepada puak Pakatan Haprak tu secara keseluruhannya.

Walhal, isu yang dibincangkan dalam pertemuan yang diaturkan oleh puak Pakatan Haprak tu semalam adalah melibatkan integriti serta imuniti Ahli Parlimen yang kini menjadi topik hangat dikalangan puak Pakatan Haprak tu sendiri.

Soalnya, dimana peranan Si Wan Azizah tu bagi menjuarai isu tersebut sehingga terpaksa meminta bantuan dari Tun Mahathir yang sebelum ini pernah dilabelkan sebagai seorang pemimpin Diktator yang telah menzalimi keluarganya sendiri?

Jika dilihat dari satu sudut, isu yang dibangkitkan dalam pertemuan semalam tidak perlu campur tangan orang luar, apatah lagi seorang Bekas Perdana Menteri seperti Tun Mahathir sekiranya Ketua Pembangkang itu sendiri tau peranannya.

Sebab apa yang dibincangkan adalah mengenai Hak dan Kebebasan Parlimen yang kini didakwa telah dicemari oleh beberapa orang Ahli Parlimen yang jelas tidak bertanggungjawab terhadap amanah yang telah diberikan kepada mereka.

Sekiranya seorang Ketua Pembangkang tu merupakan seorang yang mempunyai kredibiliti, integiriti serta dihormati oleh semua pihak, sudah pasti dia sendiri dapat menyelesaikan masalah yang timbul itu tanpa sebarang bantuan orang luar.

Tapi nampak gayanya, kewujudan Si Wan Azizah tu didalam Parlimen hanya sekadar menjadi hiasan diatas ehsan yang diberikan oleh puak Pakatan Haprak tu bagi menggantikan Si Ketua Penipu yang sedang meringkuk dalam penjara.

Dalam erti kata mudahnya, Si Wan Azizah tu hanya dapat menjawat jawatan sebagai Ahli Parlimen yang mewakili rakyat dikawasan Permatang Pauh bukan atas sebab dia mempunyai kredibiliti atau pun kemampuan selaku seorang pemimpin.

Sebaliknya, Si Wan Azizah tu hanya sekadar menghabiskan Dana Rakyat tanpa mengetahui apa tugas utama yang telah diberikan kepadanya selaku Ketua Pembangkang atas sebab kesian kepada nasib yang menimpa Si Ketua Penipu tu.

Pokok pangkalnya, mungkin bagi puak yang teruja dengan kehadiran Tun Mahathir semalam terlupa bahawa dalam masa yang sama mereka turut menghina kedudukan Si Wan Azizah tu secara terang - terangan dan secara tidak sengaja membuktikan yang dia hanya sekadar 'Tunggul Kayu' je dalam Pakatan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Kalau dah lemas..tahi hanyut pun dicapai

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping