Itu perkara yang paling ketara dapat dilihat berlaku sewaktu Konvensyen Pakatan Haprak tu diadakan semalam apabila penyokong serta NGO yang Pro kepada Pakatan Haprak tu mengadakan sesi demonstrasi sebelum Konvensyen itu bermula.
Daripada laporan yang dibuat media semalam, pihak yang menganjurkan demonstrasi dihadapan pintu masuk ke dewan utama Konvensyen itu adalah bagi tujuan untuk membantah penyertaan PAS kembali dalam barisan Pakatan Haprak tu.
Dengan memegang sepanduk "Perkuatkan Pakatan Harapan Tanpa PAS", kumpulan itu jelas menunjukkan sifat penolakkan mereka terhadap parti itu secara terbuka dan bersedia untuk menyerahkan memorandum kepada pimpinan Pakatan.
Dalam masa yang sama, kenyataan yang dikeluarkan oleh pimpinan Pakatan itu semalam membuktikan bahawa mereka menyambut baik memorandum serta suara mereka yang mengadakan demonstrasi itu juga dengan secara terbuka.
Perkara itu dapat dilihat apabila ada dikalangan pemimpin Pakatan Haprak tu yang tampil membuat dakwaan terhadap PAS yang tetap dilabel sebagai sebuah parti Pengkhianat serta dituduh sudah menjadi 'Pemakan Dedak' dari Barisan Nasional.
Kenyataan itu dibuat oleh Penasihat PPBM yang menuduh PAS kini berkemungkinan besar sudah menjadi 'Pemakan Dedak' tetapi tetap berselindung disebalik nama pejuang Melayu tetapi mereka hanya menyokong YAB Perdana Menteri.
Bahkan puak Pakatan Haprak tu juga turut didesak oleh pimpinan mereka agar menolak 'Pemimpin yang namanya Pak Haji tapi Korupsi' yang didakwa merujuk kepada pimpinan PAS yang tetap enggan untuk kembali bersama - sama dengan Pakatan.
Namun malangnya, hasrat yang disuarakan oleh penyokong serta NGO Pro Pakatan Haprak itu jelas tidak dipedulikan oleh pucuk pimpinan PKR yang dilihat tetap mahu menagih kasih dan sokongan dari PAS menjelang PRU akan datang.
Kenyataan itu dapat dilihat dengan jelas apabila Timbalan Presiden PKR cuba memujuk perwakilan yang hadir dalam Konvensyen itu agar tidak memberi tekanan kepada PAS supaya mereka bersetuju dengan konsep 1 lawan 1 sewaktu PRU kelak.
Dan bagi Presiden PKR pula, ketidak-hadiran PAS dalam Konvensyen kali pertama yang diadakan oleh puak Pakatan tu semalam tidak dilihat sebagai satu isu yang besar dan menganggap parti itu tetap 'bersama' dengan gabungan tersebut.
"Kita memang jemput Pas...mereka pilih tak datang tapi saya baca kenyataan akhbar Mursyidul Am Pas untuk pilih satu lawan satu," katanya dalam sidang media konvensyen Pakatan Harapan di sini, hari ini.
Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh kedua - dua pemimpin tertinggi PKR itu membuktikan bahawa mereka tetap terpaksa tunduk menagih kasih daripada PAS bagi meraih sokongan serta undi dari penyokong parti itu diperingkat akar umbi.
Dalam erti kata mudahnya, kedua - dua pemimpin PKR itu sedar bahawa tanpa sokongan dari PAS, maka kedudukan serta peluang mereka untuk terus kekal memegang jawatan akan tergugat. Taktik nak memancing sokongan PAS tu sebenarnya hanya untuk menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri, bukan untuk PAS!!!
Pas kena hati-hati... mereka cuba alihkan kesalahan DAPig yang mula2 memutuskan hubungan dengan pas, mereka letakkan kesalah total kepada TGHH, dah tak nampak kesalahan mereka... inilah sikap yang dipelajari daripada politik Yahudi, membuat onar tapi menyalahkan orang lain... TM yang makan dedak Dapig, tuduh TGHH makan dedak Najib...
BalasPadam