Rabu, Disember 21, 2016

Bekas Ketua PKR Sabah, Datuk Lajim Ukin meminta bekas partinya dan parti pembangkang dari Semenanjung Malaysia agar bertanding di negeri itu pada pilihan raya akan datang.

Lajim yang kini mengetuai partinya sendiri berkata, parti-parti tempatan Sabah perlu diberi peluang untuk menewaskan Barisan Nasional berdasarkan pertandingan satu lawan satu.

"Kami bimbang sekiranya parti dari semenanjung seperti PKR dan DAP bertanding di Sabah, sekali gus menyebabkan pecahan undian dalam kalangan pembangkang.

"Situasi itu akan menguntungkan Barisan Nasional," katanya selepas melancarkan parti baharu pimpinannya, Parti Harapan Rakyat Sabah (Harapan) di sini, Selasa.

Beliau berkata, PKR, DAP dan parti pembangkang lain perlu memberi tumpuan terhadap usaha memenangi kerusi di semenanjung dan menyerahkan kepada parti tempatan untuk 'bertarung' di Sabah.

Beliau juga menyedari tentang sokongan kuat PKR dan DAP di Sabah tetapi lebih baik parti pembangkang tempatan merampas negeri itu daripada Barisan Nasional.

"Jika PKR kuat di Penampang, kita boleh berunding dengan mereka supaya tidak meletakkan calon di sana.

"Biar kami mengambil tanggungjawab untuk memenangi kerusi tersebut dengan bantuan penyokong mereka," katanya.

Menurut Lajim, pemimpin Harapan bersama tiga lagi parti iaitu Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Pembaharuan Negeri dan Parti Progresif Sabah masih berunding untuk menghadapi pilihan raya akan datang.
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Aku setuju cakap si Lajim ni yang Parti Keadilan Anwar ngan DAPigs jgn kacau Sabah. Yang aku nda setuju, yang dia bikin parti byk2 ni buat apa? Mau bikin pasar tani ka? Atau mau bikin pakatan baru? Ujung2 yang mengundi anak pinak dia saja... 😂

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping