Jumaat, Disember 30, 2016

Terbaik!!! Nampak gayanya wajah sebenar yang cuba disembunyikan oleh Si Menteri Besar Selangor ni kian terserlah apabila dia mula kembali menyanggah kenyataan yang telah dibuat oleh Presiden partinya sendiri secara terang - terangan.

Jika dilihat dari satu sudut, nampak sangat yang Si Menteri Besar Selangor ni lebih condong menyokong Tun Mahathir yang juga merupakan orang yang bertanggungjawab memecat dan menggugurkan jawatan Si Ketua Penipu tu sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, Si Menteri Besar Selangor ni secara terbuka menyanggah kenyataan yang telah dibuat oleh Wan Azizah dan mendakwa Bantuan Rakyat 1Malaysia itu merupakan satu bentuk rasuah dari Kerajaan.
"Bagi saya BRIM ini adalah bentuk rasuah. Ini salah satu cara sogokan yang boleh dibuat dalam pelbagai bentuk kerana kalau ianya merupakan satu bantuan untuk ekonomi ianya tidak memperdayakan rakyat," katanya di Shah Alam hari ini.
Tapi apabila kenyataan yang dibuat oleh Wan Azizah tu dikemukakan semula kepada Si Menteri Besar Selangor tu, dia suruh pihak media merujuk semula perkara tersebut dalam bentuk konteks yang cuba disampaikan oleh Presiden partinya.
"Kamu kena lihat apa yang dikatakan itu menerusi konteks, saya tidak rasa adil untuk meletakkan tuduhan itu keatas Presiden PKR. Saya telah nyatakan tadi konteksnya adalah salah satu bentuk sogokan rasuah yang diamalkan Putrajaya," jawab Azmin lagi.
Baik. Sekiranya sudut konteks pemberian bantuan itu dijadikan sebagai kayu pengukur kepada tuduhan mengatakan bahawa BR1M itu satu bentuk rasuah, bagaimana pulak yang sedang dilakukan oleh Rejim Pakatan Selangor tu pada ketika ini?

Bukan ke Rejim Pakatan Selangor dibawah kepimpinan dia juga ada menyediakan skim bantuan kepada rakyat yang berupa wang tunai sama seperti yang dilakukan oleh pihak Kerajaan Persekutuan? Adakah itu juga dianggap sebagai satu bentuk rasuah?

Antara lain bantuan kewangan yang diberikan melalui Skim MES (Merakyatkan Ekonomi Selangor) adalah Skim Mesra Usia Emas (Wang Tunai RM 2500), Tabung Warisan Anak Selangor (Wang Tunai RM 1500), Hadiah Anak Masuk Universiti (Wang Tunai RM 1000), Skim Bantuan Asuhan Rakyat (Wang Tunai RM 100/bulan) dan sebagainya.

Boleh dikatakan semua skim bantuan yang disediakan oleh pihak Rejim Pakatan Selangor pimpinan Si Menteri Besar Selangor tu melibatkan 'Bantuan Kewangan' kepada rakyat. Adakah itu tidak dianggap sebagai satu bentuk konteks rasuah?

Dalam erti kata lainnya, apa yang dilakukan itu juga boleh dianggap sebagai 'salah satu bentuk sogokan rasuah yang diamalkan Rejim Pakatan Selangor' pimpinan Si Azmin tu sendiri. Atau, adakah skim bantuan kewangan yang diberikan oleh Pakatan Haprak tu HALAL manakala yang diberikan Kerajaan BN semuanya HARAM!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping