Jumaat, Disember 30, 2016

Nampak gayanya, perang diantara PAN dan PAS ni masih berlanjutan serta dilihat tidak ada penghujungnya apabila kenyataan demi kenyataan balas diberikan secara terbuka oleh pemimpin kedua - dua parti bagi menjustifikasikan tindakan mereka.

Jika sebelum ini, PAS membuat dakwaan kononnya PAN sudah menunjukkan wajah mereka yang sebenar dan cuba untuk mengkhianati PKR apabila membuat pengumuman mahu bertanding di kerusi milik PKR dalam PRU yang akan datang.


Namun, bangkit membidas kenyataan tersebut, Naib Presiden PAN menafikan dakwaan yang dikeluarkan oleh pemimpin PAS dan mendesak agar parti itu tidak mencampuri urusan parti pembangkang dalam gabungan Pakatan Haprak tu.


Walaubagaimana pun, kenyataan yang dibuat oleh Naib Presiden PAN itu juga dijawab semula oleh pemimpin PAS dengan memberikan gambaran seolah - olah parti itu cuba nak menjadi "Polis Politik" dan menghalang 'Kebebasan Hak Bersuara'.

Dalam kenyataan yang dibuat semalam, Naib Presiden PAS mendakwa dia mempunyai kebebasan hak untuk bersuara dan mempertikaikan mengenai isu berkaitan dengan hasrat PAN memandangkan kenyataan itu telah dibuat secara terbuka.
"Kenyataan untuk bertanding di kerusi-kerusi PKR telah dibuat secara terbuka. Maka adalah tidak wajar untuk menghalang sesiapa membuat ulasan kepada satu kenyataan yang dibuat secara terbuka itu.
"Jika tidak mahu sebarang ulasan terhadap hasrat tersebut maka tidak perlu membuat kenyataan secara terbuka. Bincanglah secara dalaman," ujar Iskandar menerusi kenyataan medianya, hari ini.
Sementara itu, Naib Presiden PAS yang turut merupakan ADUN Chempaka itu juga berpendapat kecelaruan yang wujud dalam Amanah pada hari ini berkemungkinan menjadi punca kepada desakan supaya parti itu digabungkan dengan PKR.
"Tidak hairanlah terdapat pemimpin Pakatan Harapan yang mahu PAN dibubarkan dan ahli-ahlinya diserapkan ke dalam parti-parti lain," ujarnya.
Dalam erti kata lainnya, kekeliruan yang timbul dari kalangan pemimpin PAN itu adalah akibat dari kejumudan mereka memikirkan soal pembahagian kerusi memandangkan diorang masih lagi terkapai - kapai mencari tempat untuk bertanding.

Hakikatnya, PAN pada ketika ini tak ubah seperti 'Pelacur Jalanan' yang jelas tidak mempunyai maruah mahu merampas kawasan orang lain demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri agar dapat terus kekal dalam arus Politik tempatan. Maka, sebab itu diorang sanggup tebal muka dan buat kenyataan sedemikian!!!
Categories: ,

2 ulasan:

  1. Pru14 Pan akan pupus...
    Zero keruri buat Pan...
    Tunggu dan lihat...

    BalasPadam
  2. Pan dah semakin tak laku. Ramai yg loya dgn parti yg dipimpin oleh org yg pernah ditangkap khalwat dgn isteri org satu masa dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping