Ahad, Disember 11, 2016

Jika difikirkan dengan akal yang waras, tiada sebab kenapa Pakatan pembangkang tidak boleh menumbangkan kerajaan Barisan Nasional didalam Pilihanraya ke 13 lalu, jika faktor sokongan di laman sosial serta sambutan penyokong ketika demonstrasi dan ceramah-ceramah mereka diambil kira.

Bayangkanlah, demonstrasi BERSIH yang bertujuan menggulingkan kerajaan pimpinan orang Islam di Malaysia ketika itu, mendapat sambutan yang sangat hebat dan dikatakan mencecah ratusan ribu penyokong Pakatan serta rakyat Malaysia.

Begitu juga dengan ceramah-ceramah serta beberapa siri jelajah di seluruh pelusuk negeri yang dianjurkan oleh gerombolan parti pembangkang. Diwar-warkan bahawa puluhan ribu rakyat dari serata ceruk kampung keluar berduyun-duyun mendengar ceramah mereka.

Di beberapa pilihanraya kecil pula, sambutan serta poster mengenai kempen pembangkang didakwa mendapat sambutan yang hangat berbanding kempen Barisan Nasional yang dilihat hanya tertumpu sekitar program-program bantuan kemasyarakatan sahaja.

Jadi mengapa Pakatan pembangkang yang diketuai oleh DAP sejak dahulu lagi sentiasa kalah di Pilihanraya umum, pilihanraya negeri dan beberapa kawasan semasa pilihanraya kecil? Adakah mereka hanya 'syok sendiri' dan menipu rakyat dengan fakta dan angka yang sengaja direka cipta?

Jika DAP benar-benar kuat dan juga lebih baik dari segala segi seperti yang Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dakwa semasa Pilihanraya negeri Sarawak lalu, mengapa mereka dilihat semakin hilang sokongan dari rakyat?

Bekas Ahli DAP kawasan Taman Chai Leng, Shamsher Singh Thind menjelaskan bahawa punca sebenar DAP semakin hilang sokongan rakyat ialah kerana tiada kesepakatan dan juga rangka pentadbiran yang boleh meyakinkan rakyat.

Sebab itulah DAP dan Pakatan mustahil untuk menang di Pilihanraya Umum walau berapa kali sekalipun ditukar nama untuk mengaburi mata rakyat. Oleh yang demikian, Shamsher menggesa Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang bertanggungjawab serta meletakkan semua jawatan didalam parti DAP.

Menurut Shamsher, DAP harus melupakan hasrat untuk menawan Putrajaya sekiranya Guan Eng dan Kit Siang masih membiarkan kerusi milik DAP hilang sedikit demi sedikit dibeberapa pilihanraya sebelum ini.

Jelas disini bahawa DAP langsung tak mempunyai aura kepimpinan didalam menentukan hala tuju Pakatan Pembangkang. Mungkin itulah yang disedari oleh PAS dan menyebabkan mereka keluar dari gerombolan Pakatan.
Categories:

2 ulasan:

  1. Nk tunggu 12 disember 2016..kemaluan siapa akn terbuka apabila mahkamah Us buat penghakiman keatas Riza Aziz..dh tentu mo1 akn disebut. Masa tu kita lihat siapa yg terbogel diseluruh Dunia.

    BalasPadam
  2. Bercakaran sama sendiri. Nak kejar jawatan, pangkat dan kedudukan yg belum pasti. Macam mana nak perintah negara.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping