Rabu, Disember 21, 2016

Heh! Nampak gayanya pendirian serta penerimaan PKR terhadap dua parti baru yang ditubuhkan itu menunjukkan jurang perbezaan yang sangat cukup ketara sehingga memberikan gambaran seolah - olah ada kasta tertentu diberikan.

Perkara itu kini menjadi persoalan yang paling hangat diperkatakan dikalangan rakyat, terutama yang tinggal di Selangor memandangkan kenyataan yang dibuat oleh beberapa orang pemimpin PKR sejak kebelakangan ini bercanggah.

Dalam satu kenyataan yang dibuat oleh Si Menteri Besar Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR baru - baru ini menyatakan keterbukaan parti itu untuk berkongsi kerusi menjelang Pilihan Raya Umum yang akan diadakan dengan PPBM.
“Saya dah berbincang perkara ini dengan pimpinan PKR beberapa tempoh lalu dan kita harus ambil sikap terbuka kerana ketika PKR baru dibentuk dahulu pun, kita tak ada kerusi. Kita dapat kerusi dari DAP dan Pas... jika mereka tak bagi pada 1999, kita tak akan ada di sini pada hari ini.
“Jadi sekarang, saya kira giliran kita pula untuk menyumbang, bersikap terbuka dan lebih bertanggungjawab untuk berbincang dengan rakan-rakan dalam Pakatan Harapan termasuk Bersatu,” katanya selepas merasmikan Program Pengangkutan Awam Sekali Seminggu di Bangunan SUK, di sini, hari ini.
Namun IRONIKnya, Ketua Penerangan PKR Selangor yang juga merupakan Setiausaha Politik kepada Si Menteri Besar tu sebelum ini tampil memberikan amaran kepada PAN dan PPBM agar tidak bertanding di Selangor dalam PRU kelak.

Apa yang pasti, kenyataan yang dibuat oleh Ketua Penerangan PKR Selangor itu telah menimbulkan rasa kurang senang dikalangan pemimpin PAN yang memberi saranan supaya perkara seperti itu tidak dibincang secara terang - terangan.

Dan dalam masa yang sama, keluar pulak kenyataan dari Si Menteri Besar Selangor tu yang menyatakan bahawa PKR sedia untuk berkongsi kerusi dengan PPBM dan membuktikan yang dia lebih taksub kepada PPBM jika dibandingkan dengan PAN.

Keadaan itu secara tidak lansung menimbulkan kecurigaan dikalangan pengikut PAN yang menyifatkan tindakan Si Menteri Besar Selangor seolah - olah memberi gambaran berkaitan dengan sikapnya yang prejudis terhadap kewujudan PAN.

Malah, ada juga dikalangan mereka yang mendakwa bahawa ketaksuban Si Menteri Besar Selangor tu terhadap Tun Mahathir dan turut dianggap sebagai 'Anak Angkat' kepada bekas Perdana Menteri itu telah menyebabkan dia dilihat 'Berat Sebelah'.

Sebagai rekod, Si Menteri Besar Selangor tu sebelum ini sering kali engkar dan enggan menerima sebarang desakan yang dikemukakan oleh PAN berhubung isu kerjasama Politik dalam pentadbiran Rejim Pakatan negeri itu dengan PAS.

Maka, kemungkinan besar sifat prejudis itu lahir secara tidak sengaja akibat rasa dendam yang terpendam didalam benak sanubari Si Menteri Besar Selangor tu sehingga menyebabkan dia tidak mengendahkan sebarang desakan dari PAN dan seterusnya menunjukkan sikap berat sebelah terhadap parti yang dipimpin oleh Tun Mahathir!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. azmin mb paling tak berguna dlm sejarah negeri selangor.. bg penyokong dia yg dpt habuan blh la.. kalau dulu selangor jd negeri yg hebat skrg negeri paling haprak sekali.. smpi FAS pun nak tarik diri dah tak berduit benar ke selangor ni.. masalah air, sampah, jalan berlubang paling teruk kat kaw dia hulu kelang.. kalau 10 thn dulu jln tu berlubang smpi skrg jalan tu masih berlubang pa ke bangang na jd mb mcm tu.. ada hati plak nak perintah negara tu.. dekat dataran bandar kelang bumbung bus stop tu dah 10 thn masih terbarai mcm tu jugak.. nak cat baru jgn harap la.. bandar paling kotor sekali.. dia ni kalau perintah negara putrajaya tu pun blh jd mcm pekan dumai jd nya.. HAPRAK..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping