Selasa, Disember 27, 2016

Heh! Nampak sangat yang Si Wan Azizah ni masih lagi menyimpan rasa dendam yang membungkam dalam jiwanya terhadap bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir sehingga cadangan yang dikemukakan juga disambut secara 'Dingin'.

Jika dilihat dari satu sudut, kita faham kenapa Wan Azizah bertindak sedemikian. Bukan hanya kerana dia masih lagi terkesan dengan tindakan yang didakwa 'Kejam' telah dilakukan oleh Tun Mahathir terhadap seluruh keluarganya sebelum ini.

Bahkan, cadangan Tun Mahathir nak menjadi 'Penasihat Kerajaan Pakatan' itu juga dianggap sebagai satu 'Penghinaan' yang cukup besar buat puak Pakatan Haprak tu. Seolah - olah Tun memberi gambaran yang mereka tak reti mentadbir.

Alasan yang diberikan oleh Tun, khidmat nasihat dia diperlukan oleh puak Pakatan Haprak tu sekiranya mereka menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang kerana dia mendakwa keadaan Politik pada ketika ini sangat 'berbeza'.

Malah bekas Perdana Menteri itu juga turut mendakwa, ke-GAGAL-an puak pembangkang menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional pada ketika dia menjadi pemerintahan adalah kerana ke-BODOH-an mereka yang tidak mahu bersatu.

Kiranya, dalam erti kata lain, Tun Mahathir memberikan gambaran bahawa hanya dia sahaja yang mampu untuk menyatukan puak pembangkang tu bagi menjadi sebuah Kerajaan yang mampu menyaingi Barisan Nasional pada ketika ini.

Jadi, tak heran la sekiranya Wan Azizah hanya sekadar memberikan reaksi dingin terhadap kenyataan serta cadangan yang telah dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu yang turut memberikan gambaran bahawa dia seorang yang 'Gila Kuasa'.

Mengulas mengenai cadangan tersebut, Wan Azizah berkata, semua keputusan berkaitan dengan isu berkenaan perlu ditangguhkan sehingga puak Pakatan Haprak tu benar - benar berjaya menguasai Putrajaya dan menewaskan Barisan Nasional.
"Apabila sudah jadi kerajaan, kita tengoklah kalau perlu atau tidak," katanya ringkas ketika ditemui media selepas sidang media Pakatan Harapan (PH) pagi tadi.
Secara kesimpulannya, cadangan yang dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu bukan sahaja membuktikan bahawa dia merupakan seorang pemimpin yang kemaruk nak berkuasa. Bahkan dia juga turut memperlekehkan kemampuan puak Pakatan Haprak tu untuk menjadi pentadbir yang baik secara terang - terangan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping