Jumaat, Disember 09, 2016

Dah serupa macam orang Gila Talak. Walaupun parti Ternakan DAPigs tu mendakwa kononnya PAS ni parti yang kian terpinggir, tapi kenapa masih ada lagi dikalangan pemimpin puak Pakatan tu yang kemaruk nak mendapat sokongan PAS?

Kalau PAN terasa diri mereka hebat sangat, kenapa tak teruskan sahaja perjuangan mereka? Kenapa masih ada lagi pemimpin PAN seperti Si Din Pudu ni yang kemaruk dengan keputusan yang dibuat oleh PAS? Kan nampak tak masuk akal tu?

Apa yang jelas, kenyataan Si Din Pudu ni membuktikan bahawa PAN masih tidak dapat meneruskan kehidupan Politik mereka walaupun sudah agak lama dia mengambil tindakan meninggalkan PAS setelah tewas dalam pemilihan parti itu sebelum ini.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Din Pudu tu, dia mendakwa yang PAS pada ketika ini sedang mengalami krisis keyakinan dan berada diambang perpecahan dikalangan ahli dan menunggu masa untuk terus tenggelam dari arus Politik tempatan.
“Dan hari ini keyakinan ahli PAS kepada kepimpinan mereka sangat kritikal kerana sikap tidak menentu kepimpinan yang dilihat semakin cenderung kepada Barisan Nasional (BN).
“Jadi saya rasa PAS hanya menunggu saat perpecahan dan akan menjadi parti terpinggir daripada arus politik perdana dalam masa terdekat,” katanya ketika dihubungi FMT hari ini.
Tapi realitinya, PAS kini masih lagi menjadi rebutan dikalangan parti Pakatan Haprak tu sendiri. Terutamanya PKR dan PPBM. Jika tidak, kenapa Pengerusi PPBM sebelum ini memberikan 'Kata Dua' kepada PAS untuk bergabung dengan Pakatan?

Dan kenapa sehingga ke hari ini, pemimpin PKR masih tidak berani nak bersuara dan menyatakan pendirian mereka dengan tegas serta memutuskan hubungan kerjasama Politik dengan PAS diperingkat pentadbiran Rejim Pakatan Selangor?

Tambah pulak, PAN serta DAPigs yang acap kali menyerang kepimpinan PAS itu juga sering kali dilihat cuba nak memujuk PAS agar bersama - sama dengan Pakatan untuk menumbangkan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya yang akan datang.

Tidakkah semua tindakan itu membuktikan bahawa PAS masih mempunyai pengaruh diperingkat akar umbi dan sekaligus membuktikan bahawa mereka masih lagi kekal relevan dalam arus Politik tempatan? ATAU, adakah itu pun Si Din Pudu tu cuba nak menafikannya?

Pokok pangkalnya, kepimpinan PAN sendiri tidak yakin dengan kemampuan parti mereka untuk meneruskan perjuangan dalam arena Politik di Malaysia. Maka sebab itu pemimpin PAN seperti Si Din Pudu ni dok sibuk menghasut ahli PAS agar bertindak meninggalkan parti itu secara terang - terangan!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Pan selalu cakap besar. Kemampuan tak seberapa. Sokongan yg diharapkan tak menjadi kenyataan. Ketuanya ada rekod perilaku yg tak bersih kerana pernah terlibat dgn khalwat bersama isteri orang suatu masa dulu.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping