Jumaat, Disember 09, 2016

Pertemuan rasmi antara Pakatan Harapan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) 13 Disember ini bakal menentukan sama ada PAS akan terus bekerjasama dengan PKR dan PPBM, menurut pemerhati politik.

Ia juga akan menyerlahkan pengaruh Pengerusi PPBM, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang sebelum ini memberikan PAS tarikh akhir untuk mengesahkan jika ia mahu bekerjsama dengan pembangkang lain.

Permerhati berpandangan Dr Mahathir, yang sebelum ini secara terbuka menyokong PPBM menyertai Pakatan Harapan, dijangka akan memutuskan hubungan PPBM dengan PAS.

Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin, sebelum ini beberapa kali meluahkan keyakinan PAS akan turut serta dengan pembangkang lain memastikan pertanding satu lawan satu menentang Barisan Nasional (BN) bagi memberikan peluang lebih cerah kemenangan pembangkang.

Pemerhati juga beranggapan PKR akan mengambil langkah sama memutuskan hubungan dengan PAS, sekiranya Presiden, Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail mempunyai pengaruh.

Pemerhati politik Mohd Sayuti Omar berkata, hubungan PAS-PPBM dan PAS-PKR akan terputus dengan rasminya selepas PPBM menyertai Pakatan Harapan (PH) selepas pertemuan mereka 13 Disember ini. Malah, Sayuti yakin PAS akan bersama Umno selepas itu.

Menurutnya, PAS akan memutuskan hubungan dengan PPBM dan PKR kerana kedua-dua mengadakan kerjasama rasmi dengan DAP dan Amanah.
“Ekoran itu, saya jangka akan berlaku sedikit perpecahan dalam PAS dan sebahagian pemimpin PAS akan tidak aktif lagi, termasuk Iskandar Samad,” kata Sayuti, merujuk naib presiden dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Samad yang sebahagian Exco Selangor.
Sebelum ini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyudin Hassan berkata PAS akan hanya bekerjasama dengan PPBM dan PKR sekiranya mereka tidak bekerjasama dengan DAP dan Amanah.

Ahli Majlis Tertinggi PPBM, Zahid Mat Arip pula menaruh harapan besar kepada pertemuan minggu depan itu, supaya keputusan dibuat demi kepentingan rakyat.
“Saya berharap semua pemimpin yang hadir dalam pertemuan bersejarah ini datang dengan kepala dingin dan berjiwa besar serta dengan dada terbuka,” kata Zahid yanh juga cucu bekas timbalan perdana menteri, Tun Ghafar Baba.
Zahid yang mempunyai sejarah tersendiri dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap semua pihak dapat mengambil kira kehendak rakyat ketika membuat keputusan.
“Saya harap mereka dapat ambil kira kehendak rakyat yang dahagakan kerajaan yang bersih, kukuh dan stabil seperti zaman Tun Dr Mahathir dahulu,” kata Zahid yang pernah menerajui sebuah kumpulan pendesak menentang Anwar bernama “Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim” atau Tibai.
Zahid antara pemimpin PPBM yang tidak senang dengan sikap PAS sejak kebelakangan ini termasuk Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin.
“Saya meminta Hashim jelaskan, apakah PAS boleh memimpin dan dominan ketika bekerjasama dengan Umno dalam sebarang isu?
Sebelum ini, Hashim berkata PAS perlu jadi pemimpin dalam sebarang kerjasama. Zahid turut kesal dengan sikap Takiyudin yang tidak mahu PPBM bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
“Saya nak minta Takiyudin suluh muka dia dulu. Siapa yang bekerjasama dengan DAP dan Amanah dalam kerajaan negeri Selangor sekarang?” soal beliau.
Beliau mengingatkan Takiyudin, ahli DAP antara pihak yang mengibarkan bendera PAS dalam beberapa pilihan raya yang lalu, dan oleh tidak perlulah keras sangat dengan mereka.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Kalau bersama Pas pun pembangkang yg ada tak mampu nak tawan putrajaya. Inikan pula tanpa Pas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping