Isnin, Disember 12, 2016

Kenyataan perwakilan PAN Selangor yang membuat dakwaan kononnya PAS terlibat menghalang penganjuran program partinya di negeri itu hanya sekadar dakwaan yang mahu menutup kelemahan dan kemaluan diri mereka sendiri.

Setiausaha PAS Selangor berkata, parti itu bukanlah Menteri Besar yang mempunyai kuasa dan kemampuan untuk menghalang mana - mana pihak, termasuk parti - parti Politik daripada menganjurkan sebarang program di negeri itu.
"PAS bukan Menteri Besar, kita hanya sebahagian daripada kerajaan negeri. AMANAH jangan nak selindung kelemahan, jangan meletakkan kelemahan diri ke atas PAS Selangor," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Sewaktu sesi perbahasan di Konvensyen PAN semalam, perwakilan PAN dari Selangor tampil membuat dakwaan bahawa partinya sering kali terpaksa berhadapan dengan tekanan dan kerenah birokrasi daripada pihak Rejim Pakatan negeri.

Katanya, tekanan dan kerenah birokrasi itu hanya wujud sebagai halangan yang terpaksa dihadapi PAN dalam mengadakan pelbagai program khusus untuk rakyat, termasuk kuliah - kuliah agama yang katanya berpunca daripada pihak PAS.

Mengulas mengenai perkara yang sama, Setiausaha PAS yang juga merupakan ADUN Paya Jaras membuat cabaran secara terbuka agar perwakilan PAN Selangor itu tampil mengemukakan bukti bagi menyokong dakwaan yang telah dibuat.
"Kalau mereka kata tekanan, beritahu kita tekanan yang bagaimana, agensi mana yang PAS kawal di Selangor ini.
"Sebagaimana Menteri Besar sebut, kita adalah kerajaan Pakatan Rakyat, dan AMANAH perlu buktikan (kemampuan) pada pilihan raya umum akan datang," kata Khairuddin lagi.
Jika dilihat secara logiknya, dakwaan yang dibuat oleh perwakilan PAN Selangor itu memang tak masuk akal memandangkan parti lain boleh pulak buat program di Negeri Selangor. Kenapa diorang je yang terima tekanan sedemikian?

Kot selama ini pun, tak pernah pulak kita dengar orang UMNO, MCA ataupun MIC bahkan DAPigs mendapat halangan daripada pihak pentadbiran Rejim Pakatan Selangor daripada mengadakan sebarang program khusus untuk masyarakat.

Dari satu sudut, mungkin ada benarnya penjelasan yang dibuat oleh Setiausaha PAS Selangor ni. Tindakan perwakilan PAN Selangor tu hanya boleh dianggap sebagai satu taktik Politik yang bukan sahaja untuk menutup kemaluan mereka sendiri, bahkan untuk menagih simpati murahan daripada kalangan rakyat semata - mata!!!
Categories: , , ,

4 ulasan:

  1. Sebenarnya Pan tak mampu nak bergerak lebih jauh sbb tak ada sokongan. Jadi tak payahlah salahkan org lain...salah diri sendiri yg sedang makan diri.

    BalasPadam
  2. Superman’ Hew Kuan Yau said, use Malays to fight Malays.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mat sabu is used malay...

      Padam
  3. pan utk goreng babi dapigs jer lgi.....sikit hari lgi mat sabu kutip kertas tepi jln ler... brengsek

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping