Rabu, Disember 07, 2016

Heh! Sekali sekala pedih juga ayat Pak Berahim ni. Nampak gayanya, bengkak betul dia bila diberikan kata dua oleh Pengerusi PPBM sebelum ini untuk membuat keputusan sama ada mahu bersama dengan Pakatan atau kekal bersendirian.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Pak Berahim kata PAS tidak pernah meminta (PPBM untuk menunggu parti itu untuk menyatakan kesediaan bersabit kerjasama sesama pembangkang dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

Malah Timbalan Presiden PAS itu juga turut menegaskan bahawa parti itu buat masa ini sedang giat menumpukan perhatian kepada memperkasakan jentera bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) berbanding kerjasama berkenaan.
"Kita tidak tunggu Bersatu (PPBM) pun. Yang penting adalah setiap parti memperkasakan kekuatan parti sebab pilihan raya ialah pengalaman yang PAS lalui sebagai pembangkang. 
"Kita sebenarnya bergabung dengan kerjasama politik dengan mana pembangkang sekalipun mestilah kerjasama yang mempunyai asas dan kekuatan. Pada peringkat ini setiap parti mesti memperkasakan kekuatan parti bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14," katanya ketika dihubungi Antarapos.
Jika sebelum ini, Pengerusi PPBM mendakwa, pembangkang terpaksa membuat keputusan meninggalkan PAS kerana parti itu enggan memberi kata putus berhubung kerjasama Politik yang perlu dijalankan dalam usaha menumbangkan Barisan Nasional.

Berhubung dengan kenyataan itu, beberapa pemimpin PAS menegaskan bahawa PPBM tidak perlu menunggu parti itu untuk meneruskan hasratnya untuk menjatuhkan BN disebabkan pendirian PAS yang masih kekal untuk tidak bekerjasama dengan mana-mana pihak yang bersama dengan DAP dan Amanah.

Antaranya Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali dan Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dr Zuhdi Marzuki yang menyifatkan PPBM boleh saja terus bergerak ke depan menjalin kerjasama dengan Pakatan Harapan (PH) tanpa perlu menunggu PAS.  

Ketika ditanya mengenai agenda perbincangan PPBM dengan PAS sebelum ini, Timbalan Presiden PAS itu tetap berkata pertemuan itu tidak menyebut usaha ke arah kerjasama tetapi lebih kepada menguatkan pembangkang.
"Perbincangan dengan Bersatu (PPBM) bukan untuk bersama PH cuma untuk melihat apa yang boleh diperjuangan bersama dalam blok pembangkang. 
"Bagi PAS kita sudah ada Blok Ketiga Gagasan Sejahtera jadi tidak mungkin dan bagi PAS kita akan tengok sesiapa yang akan bersama dengan PAS," katanya merujuk kepada pertemuan antara kepimpinan PAS dan Muhyiddin September lalu.
PAS dan PPBM menerusi Presidennya Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini pernah mengadakan beberapa pertemuan untuk berbincang mengenai usaha ke arah kerjasama dengan parti itu pada pilihan raya akan datang. Bagaimanapun perbincangan itu dilaporkan tidak membuahkan hasil.
Categories: ,

1 ulasan:

  1. PH tak ada kekuatan yg boleh diharapkan tanpa Pas. Kutukan PH terhadap Pas akan menyukarkan lgi kerjasama politik.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping