Rabu, Disember 07, 2016

Kalau bab bercakap, memang Si Mahfuz Bean ni diantara orang yang cukup hebat walaupun dia hanya mempunyai kelayakan 'LULUS SRP' sahaja. Sebab bab bercakap ni, suruh budak tadika pun diorang pandai. Inikan pulak Si Mahfuz ni.

Kali ini, Si Mahfuz Bean tu tampil mempertikaikan pasal Wala' ahli kepada parti. Kata dia, Wala' ahli parti pada ketika ini kebanyakkanya hanya sekadar membuta tuli dan tidak melihat kepada konteks sebenar Wala' itu sendiri secara menyeluruh.

Kesetiaan sepatutnya dilahirkan daripada orang yang berfikir dan taat dalam keadaan faham serta jelas dan bukannya secara membuta tuli. Menurutnya, wala’(kesetiaan) yang membuta tuli hanya akan menghancurkan masa depan negara.
“Ada pemimpin yang sedang mengalami krisis wala'. Sesuatu yang pelik bila pemimpin dan kepimpinan meminta disetia dan ditaati oleh semua berbanding  ulamak dan pemimpin dahulu dengan amal perbuatan,percakapan,kejujuran dan keikhlasan diri yang membuatkan mereka diberikan kesetiaan (wala') oleh orang bawahan atau rakyat keseluruhan,” katanya.
Jelasnya, Wala’ tidak boleh melahirkan orang yang hanya mengikut telunjuk, sebaliknya wala’ semestinya melahirkan orang yang berfikir dan taat dalam keadaan faham dan jelas. Bukan dengan kaedah membuta tuli terhadap parti mereka.
“Wala' sebagai istilah agama disalah guna, wala' cuba digunakan untuk diberikan kesetiaan dan kepatuhan membuta tuli. Ketaatan dan kepatuhan itu hanyalah kepada perkara-perkara kebaikan dan kebajikan yang tidak melanggar syarak dan bukannya ketaatan yang membuta tuli tanpa pengetahuan dan usul periksa,” ujarnya lagi.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Mahfuz Bean tu sebenarnya hanya untuk menjustifikasikan kedudukan dia pada ketika ini yang dilihat semakin cenderung menyokong puak Pakatan Haprak tu secara terang - terangan.

Tindakan yang dilakukan oleh Si Mahfuz Bean tu jelas membelakangi prinsip dan pendirian PAS yang tidak mahu bekerjasama dengan Pakatan memandangkan gabungan pembangkang itu melabelkan PAS sebagai Pengkhianat.

Dalam erti kata lainnya, Si Mahfuz Bean tu hanya sekadar cuba nak menjustifikasikan Pengkhianatan yang telah dilakukannya selama hari ini dengan bersekongkol bersama - sama DAPigs dan PAN yang memusuhi PAS secara terbuka.

Apa yang jelas, pemimpin yang mengalami krisis Wala' itu yang sebenarnya adalah dirinya sendiri. Dia yang tidak mempunyai maruah menyokong puak Pakatan Haprak tu tetapi dalam masa yang sama masih enggan keluar dari PAS dan hanya kekal menjadi Pengkhianat kepada parti itu secara terang - terangan!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Tak payah pertikai pasal wala' klu dah tak suka parti...keluar je la. Itu lagi baik drpd tunjuk kebodohan dlm persoalan wala'.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping