Khamis, Disember 22, 2016

Hahaha!!! Nampak gayanya, marah juga orang DAPigs dan PKR ni bila mereka dilabelkan sebagai 'Tunggul Kayu' di Sabah apabila bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Sabah tak bagi diorang bertanding dalam Pilihan Raya Umum akan datang.

Jika semalam, bekas Pengerusi PKR Sabah tu tampil memberi saranan supaya PKR dan DAPigs tidak bertanding dimana - mana kerusi bagi memberi ruang kepada parti - parti tempatan untuk mencuba nasib mereka di Negeri tersebut.

Namun melalui kenyataan yang dikeluarkan oleh Pengerusi DAPigs Sabah semalam menafikan bahawa parti itu serta PKR sudah tidak relevan bagi rakyat di Sabah. Malah dia anggap DAPigs dan PKR masih lagi 'Popular' dikalangan rakyat.
“Ini bukan pandangan rakyat (di Sabah). Itu hanyalah pandangan peribadi. Sebagai parti nasional yang sudah lama berkhidmat kepada rakyat, sudah tentu kita lebih banyak mendapat sokongan berbanding parti tempatan di Sabah.
“Kalau ikut keputusan PRU lalu, kita lebih banyak mendapat sokongan. Alasan sebegitu tidak cukup untuk menghalang parti pembangkang dari semenanjung untuk bertanding,” katanya kepada FMT.
Dan dalam masa yang sama, Pengerusi DAPigs Sabah itu juga turut menganggap kenyataan yang dibuat oleh Lajim Ukin itu hanya sekadar menonjolkan sikap pentingkan diri sendiri serta mahu mengejar kedudukan didalam Negeri sahaja.
“Banyak parti tempatan di Sabah, cakap mahu 1 lawan 1, tetapi semua mahu jadi ‘King’, ketua menteri dan bertanding di semua kerusi. Kita boleh kerjasama dengan mereka, tetapi mereka juga mesti adil dan berbincang dalam usaha untuk menumbangkan BN di Sabah,” katanya.
Dari satu sudut, kenyataan yang dibuat oleh Si Lajim Ukin tu memang wajar dilakukan oleh PKR dan DAPigs memandangkan mereka tidak memberi sebarang sumbangan pun kepada rakyat di Negeri Sabah. Buat semak lagi ada la.

Buat banyak - banyak parti, tapi kerja tak buat untuk rakyat pun apa gunanya? Asyik sibuk bersembang cerita pasal nak rampas Putrajaya dan menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional, isu yang berkaitan dengan rakyat diorang tak ambik peduli.

Dalam erti kata mudahnya, kewujudan DAPigs dan PKR sama ada di Sabah mahu pun di Sarawak tu hanya sekadar nak menyesakkan lagi Politik masyarakat tempatan dengan agenda - agenda peribadi pemimpin mereka yang datang dari Semenanjung demi menjaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Bukannya nak jaga kebajikan rakyat!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. Aku rasalah, ujung2 berkubur jugak Pakatan 'Harapkan pegar pegar makan padi' tu nanti...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping