Selasa, Disember 20, 2016

Heh! Nampak gayanya perjuangan PKR ni semakin hari semakin mundur. Nak pulak bila parti itu dipimpin oleh mereka yang bukan sahaja sekadar pandai nak jaga kepentingan Politik Peribadi mereka sendiri. Tetapi diketuai oleh pemimpin Tunggul Kayu.

Jika sebelum ini, tindakan ahli serta pemimpin parti itu meninggalkan parti lansung tidak dipedulikan oleh kepimpinan tertinggi PKR. Sebaliknya, mereka cuba memberikan alasan kononnya tindakan itu lebih bersifat demokrasi yang diamalkan.

Maka, dek kerana sifat acuh tak acuh yang ditonjolkan oleh pimpinan PKR Semenanjung terhadap nasib ahli diperingkat Negeri telah membuatkan 900 orang ahli PKR di Sabah bertindak meninggalkan parti dan menyertai PBRS baru - baru ini.

Apa yang pasti, sokongan terhadap PKR dan Pakatan Haprak yang diketuai DAPigs di negeri ini terus merosot selepas 900 ahli parti itu mengumumkan keluar dan menyerahkan borang keahlian kepada Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS).

Kumpulan tersebut diketuai bekas calon PKR dalam pilihan raya umum 2008, Danny Anthony Andipai yang mengakui bahawa dia cukup kesal kerana tindakannya yang selama ini menyokong PKR ternyata hanya dipersia - siakan oleh pemimpin.

Danny berkata, selama berjuang bersama PKR, apa yang dia dapati hanya kebanyakkan pemimpin dari parti itu lebih memberikan keutamaan mereka terhadap kepentingan Politik Peribadi berbanding BN yang dikatakan ikhlas bekerja untuk rakyat.
"Saya melihat perjuangan PBRS merupakan parti yang terbukti jujur dan ikhlas dalam membantu rakyat serta membawa pembangunan. Saya menyesal dan kecewa dengan pihak pembangkang kerana hanya bergaduh untuk kepentingan peribadi  dan sekarang telah berpecah membuktikan kegagalan mereka untuk bekerja," katanya.
Kenyataan bekas ahli PKR itu dibuat selepas mereka menyerahkan borang keahlian kepada Presiden PBRS, Tan Sri Joseph Kurup dalam satu Majlis Pemimpin Bersama Rakyat yang telah diadakan di Kampung Takul Nabawan, semalam.

Apa yang jelas, pengaruh PKR dikalangan rakyat semakin hari semakin merundum ekoran kecenderungan parti itu yang lebih mengutamakan soal nak menjaga kepentingan Politik Peribadi pemimpin tertentu didalam parti semata - mata.

Malah, kekurangan pemimpin yang cekap dan berkelayakan didalam parti itu juga membuatkan rakyat semakin hilang kepercayaan terhadap PKR yang turut dilihat hanya sekadar mahu mengejar jawatan serta kuasa semata - mata sedangkan rakyat mengharapkan parti itu dapat menjaga kebajikan mereka secara menyeluruh!!!
Categories: ,

1 ulasan:

  1. BN ada byk parti di Sabah, boleh pilih2. Tinggalkanlah Parti Keadilan Anwar (Madey?) tu haa, masuk PBRS ka, UPKO ka, LDP ka atau nda payah main politik... Baru ko tau sapa kawan sapa lawan...

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping