Isnin, Disember 19, 2016

Hahaha!!! Nampak sangat yang puak PKR ni bukan sahaja tak nak berkongsi kerusi dengan rakan - rakan lain dalam Pakatan. Nak pulak dengan parti baru seperti PPBM dan juga parti Ternakan DAPigs tu. Lagi la PKR tak nak kongsi dengan diorang.

Kalau sebelum ini, Timbalan Ketua AMK tampil memberikan cadangan supaya PAN bergabung dengan PKR dengan alasan kononnya parti Ternakan DAPigs itu mempunyai agenda serta dasar perjuangan Politik yang sama dengan PKR.

Kali ini, Angkatan Muda PKR, atau AMK, menyambut baik cadangan Ahli Parlimen, Lee Boon Chye agar Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menggunakan logo PKR sebagai simbol bersama pilihan raya umum ke-14.

Katanya, cadangan itu logik diterima memandangkan puak Pakatan Haprak tu harus berdepan dengan realiti pada masa ini bahawa gabungan pembangkang itu sendiri dan PPBM merupakan entiti politik yang boleh dianggap baru.

Menurut kata Ketua Pemuda AMK, ianya adalah untuk membolehkan rakyat membuat pilihan bagi menjadi sebuah alternatif yang dikenali, maka penggunaan logo PKR adalah kritikal, kerana ia merupakan logo yang paling mudah diterima.
"Dalam pada itu simbol PKR serta ideologi parti ini sendiri melambangkan kepelbagaian di dalam masyarakat Malaysia," katanya.
Tambahnya, puak Pakatan Haprak tu tidak mungkin dapat mendaftar logo yang baru sebelum pilihan raya yang bakal menjelang dalam masa yang singkat dan itu akan bakal merencatkan agenda mereka untuk bertanding dibawah satu logo.

Walhal, kata Ketua AMK tu, pada masa yang sama ramai juga yang bersetuju bahawa barisan pembangkang perlu bertanding di bawah satu logo, termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir sendiri yang juga merupakan Pengerusi PPBM.
"Rakyat Malaysia mahukan sebuah alternatif kepada Barisan Nasional namun begitu mereka juga pula diyakini bahawa Pakatan Harapan serta PPBM merupakan satu kerjasama politik yang melangkaui ideologi," jelasnya lagi.
Apa yang jelas, saranan dan cadangan yang dibuat oleh Ketua Pemuda AMK ni membuktikan bahawa parti itu sedang berada dalam keadaan 'Ketar Kepala Lutut'. Diorang jelas takut nak berkongsi kerusi dengan parti lain walaupun perjanjian telah dibuat.

Ianya juga secara tidak lansung menunjukkan bahawa PKR secara dasarnya tidak senang dengan kewujudan parti baru seperti PAN dan PPBM yang dianggap menggugat kedudukan mereka pada ketika ini. Maka, dengan cara menghapuskan identiti parti lain itu akan membuatkan mereka menjadi dominan dalam Pakatan!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping