Selasa, Disember 27, 2016

Itu diantara desakan yang dibuat oleh puak penyokong Pakatan Haprak tu berhubung cadangan yang telah dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir yang mahu menjadi Penasihat kepada Kerajaan Pakatan.

NGO pro-pembangkang, Otai Reformis tetap berpendirian mahu Tun Dr Mahathir Mohamad mengemukakan permohonan maaf secara terbuka kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum merencana sebarang agenda pembangkang selepas Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) kelak.

Pengerusinya, Saari Sungib berkata demikian sebagai respon terhadap kesediaan mantan perdana menteri itu untuk menjadi penasihat kepada kerajaan jika pembangkang memenangi PRU14 kelak.
"Kita dah lihat banyak perubahan di mana Anwar dan Mahathir saling bersalaman. Manakala Tun Hasmah menziarahai Wan Azizah. Kata orang itu sebagai 'bahasa' mereka meminta maaf. 
"Namun kami, Otai Reformis masih meletakkan beberapa pendirian terpenting iaitu Mahathir perlu memohon maaf secara terbuka kepada Anwar. Hal ini besar, ia akan ditinggalkan kepada generasi-generasi kemudian tentang sejarah politik kita," katanya kepada Antarapos, hari ini.
Mengulas lebih lanjut, Saari bagaimanapun menyerahkan kebijaksanaan membuat keputusan kepada pimpinan Pakatan Harapan (PH) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) dalam soal kesediaan Mahathir itu.
"Otai Reformis hormati keputusan parti sebab kami mendokong perubahan yang besar. Kerjasama PH dan PPBM adalah kekuatan yang akan membina kemenangan di Putrajaya. Kita menegur, menasihat dan meletakkan pendirian, namun kita tidak akan bersikap menentang atau menyulitkan keputusan untuk dilaksanakan pimpinan PH," katanya lagi.
Mahathir ketika berceramah di Alor Setar hujung minggu lalu berkata beliau yakin dengan nasihatnya, pembangkang jika menjadi kerajaan kelak mampu mendapatkan semula sekurang-kurangnya 50% dana Malaysia serta mencari pendapatan bagi menutup separuh daripada kerugian ditanggung negara.

Dalam ceramah yang diadakan di kubu kuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah itu, Mahathir juga berkata, jika Datuk Seri Najib Razak terus berkuasa, pembangkang sukar menyelamatkan Malaysia walaupun mereka akhirnya dapat memimpin negara dan generasi akan datang bakal menjadi mangsanya.

Katanya, faktor utama beliau boleh berkuasa selama 22 tahun sebagai perdana menteri dan mengetuai Barisan Nasional (BN) memenangi lima PRU disebabkan pembangkang tidak bersatu dan masing-masing hanya mengutamakan kepentingan diri.

ATAU, dalam erti kata mudahnya, Tun Mahathir mendakwa, bukan Budak Universiti pada zaman dia sahaja yang BODOH. Tapi sebaliknya, puak pembangkang yang ada pada ketika dia memerintah pun semuanya tak pandai guna Kepala Otak belaka. Yang bijak hanya dia seorang. Maka sebab itu dia nak jadi Penasihat!!!
Categories: ,

3 ulasan:

  1. Klu tun kata anwar peliwat tu betul la sbb anwar dah disahkan bersalah oleh mahkamah atas kes liwat.

    BalasPadam
  2. Pokoknya Tun M jauh lebih bagus dari MO1

    BalasPadam
  3. Sanggupkah juga MO1 mengaku yang memang benar dia dan Jho Low mentekedarah wang Negara dan rakyat??
    Melakukan rasuah secara Berleluasa ....!!

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping