Selasa, Disember 27, 2016

Heh! Nampak gayanya penyakit Gila Jawatan dikalangan pemimpin parti Cap Bunga PPBM semakin bertambah kronik ekoran tindakan salah seorang pemimpinnya yang membuat dakwaan terhadap Setiausaha Agung parti itu kerana 'MENIPU'.

Bekas ahli Wanita UMNO, Anina Saadudin yang digugurkan dari jawatan Ketua Srikandi PPBM menyanggah kenyataan yang mendakwa majlis angkat sumpah bagi jawatan tersebut sebelum ini sebagai salah satu 'kesilapan teknikal'.

Penafian itu dikatakan merujuk kepada laporan berita yang memetik kenyataan Setiausaha Agung PPBM, Datuk Dr Shahruddin Md Salleh sebagai berkata majlis angkat sumpah yang telah diadakan pada 2 November lalu hanya dianggap satu alasan.

Malah, ketika ditanya sama ada dia percaya sudah dibuang dari kedudukan dan jawatan yang disandang sebelum ini, Anina menjawab: "Ya, itulah yang saya percaya, itulah yang saya faham."
"Saya dimaklumkan oleh Setiausaha Agung dan Timbalan Presiden yang Majlis Presiden tidak mencadangkan saya untuk menjadi Ketua Srikandi PPBM," katanya.
"Saya tidak tahu siapa yang menggantikan saya bagi kedudukan itu. Mereka membuat keputusan itu, mereka seharusnya mempunyai calon untuk menggantikan saya. Mereka sepatutnya lebih tahu," katanya.
Sebelum ini, nama bekas ADUN Sungai Rapat, Datuk Hamidah Osman kuat dicanang sebagai individu yang bertanggungjawab terhadap pengguguran Anina selaku Ketua sayap wanita bagi parti itu. Namun ianya turut dinafikan oleh Datuk Hamidah.

Anina minggu lalu terpalit dengan dakwaan skandal seks apabila 'screenshot' berkaitan dengan perbualan intim dia menerusi aplikasi media sosial WhatsApp yang didakwa berlaku diantara dia dan seorang lelaki tidak dinamakan, tersebar.

Bagi sesetengah pihak, penyebaran skandal seks itu juga turut menjadi punca kepada pemecatan Anina sebagai Ketua sayap tersebut kerana didakwa telah memalukan nama baik serta memburukkan imej parti serpihan UMNO itu dimata rakyat.

Namun sehingga ke hari ini, masih tiada sebarang laporan rasmi dibuat kepada pihak berkuasa oleh Anina bagi menafikan dakwaan yang telah dibuat terhadapnya. Kemungkinan besar, tindakan itu membuatkan pelbagai pihak mula mencipta persepsi dan mengaitkan pengguguran jawatan dia dengan skandal tersebut!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. Cuba check barangkali Anina punya account sudah di masukkan dedak besar......!!

    BalasPadam
  2. Allah MAHA Adil...MAHA Mengetahui..sibuk sgt nak bukak aib orang, diri kamu diaibkan dgn lebih teruk...memalukan dan murah sungguh nilai diri kamu wahai Ainina

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping