Khamis, Disember 22, 2016

Pandai betul Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng mempermainkan 'pemimpin-pemimpin besar' didalam parti Bersatu. Semasa menandatangani perjanjian bersama untuk menentang Barisan Nasional di Pilihanraya Umum ke 14, DAP, PKR, PAN bersepakat kononnya akan membahagi-bahagikan kerusi bersama parti Mahathir. Tapi sekarang sudah jadi lain.

Kenyataan terbaru Guan Eng menunjukkan bahawa DAP tak akan menyerahkan kerusi miliknya kepada Bersatu kerana mereka mendakwa hanya bertanding di kawasan cina sahaja. Guan Eng sebaliknya menyerahkan isu pembahagian kerusi pembangkang kepada PKR.

Disini nampak sangat bahawa PKR juga sudah kena main dengan DAP. Tatkala kerusi DAP semuanya selamat diatas alasan bertanding di kawasan cina, PKR pula terpaksa membahagikan kerusi milik mereka kepada pembangkang lain didalam Pakatan.

Bukan sahaja PKR terpaksa membahagikan kerusi kepada Bersatu, tetapi PKR juga diharapkan oleh DAP untuk memberikan ruang kepada PAN yang akan menjadi proksi DAP dikawasan majoriti melayu. Ini bermakna, PKR selepas ini akan berpecah tiga semasa bertanding di pilihanraya umum ke 14.

Yang menariknya, Adun PKR Penanti Dr Norlela Ariffin menjadi pemimpin Pakatan yang paling awal memberi tindak balas terhadap kenyataan Guan Eng tersebut, dan juga bersetuju bahawa kerusi DAP tak perlu diganggu oleh parti Bersatu.

Malangnya, Norlela lupa atau memang tak sedar yang Bersatu dan PAN akan merampas kerusi PKR jika DAP tak mahu berkerjasama didalam pembahagian kerusi di PRU14 nanti. Silap-silap haribulan, kerusi PKR di Penanti, Seberang Jaya juga terpaksa dilepaskan bagi memberi laluan kepada PAN dan Bersatu.

Norlela juga seakan-akan lupa dan hilang ingatan ketika bercakap kepada media tentang hasrat Bersatu yang mahu menentang UMNO semasa pilihanraya.

PKR selama ini bertanding menentang UMNO di kawasan urban dan kawasan majoriti melayu, dan jika Bersatu juga mahu menentang UMNO, ia bermakna PKR terpaksa melepaskan kerusi mereka atau bertanding 3 penjuru dikawasan tersebut.

Yang nampak bodoh disini adalah parti anutan Norlela iaitu PKR, dan yang paling untung adalah DAP. Kalau hal begini pun pemimpin PKR tak dapat fikir, benarlah seperti yang dikatakan oleh ramai orang bahawa PKR hanya LEMBU didalam Pakatan. Tapi, memang patut la diorang ni senang kena tipu sebab Presiden diorang pun 'Tunggul Kayu'!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping