Isnin, Disember 26, 2016

Dulu Kutuk, Sekarang Sayang. Dulu Benci, Sekarang Cinta. Dulu kata DAPigs Rasis, Sekarang dengan DAPigs semuanya 'Baik Belaka'. Dulu tuduh 'Singapura Cuba Campur Tangan di Malaysia', Sekarang dia pulak nak jadi Lee Kuan Yew.

Kot kalau kita kata RETORIK nanti, ada pulak yang meroyan tak tentu arah macam orang hilang akal. Tapi nampak gayanya, semua yang pernah dia cakapkan pada suatu ketika dahulu hanya sekadar TIPU belaka. 22 Tahun rakyat kena kencing.

Kali ini, dengan secara terbuka bekas Perdana Menteri Malaysia ni menawarkan dirinya untuk menjadi 'Penasihat' kepada Kerajaan sekiranya puak Pakatan Haprak tu berjaya merampas Putrajaya dalam PRU ke 14 dari Barisan Nasional.
ALOR SETAR: Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa sedia untuk menjadi penasihat kerajaan sekiranya pembangkang memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Bekas perdana menteri itu juga yakin pembangkang mampu menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi negara.

“Jika mereka (pakatan pembangkang) mengambil alih sebagai kerajaan (persekutuan) dan biar saya jadi penasihat, saya akan buat apa yang mampu untuk selamatkan negara daripada masalah kewangan,” katanya dipetik Sin Chew Daily.


Beliau berkata demikian dalam satu siri ceramah semalam di Taman Wira Mergong, Alor Setar itu yang merupakan kubu kuat Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bakar Bata.
Jika dilihat dari satu sudut, kenyataan yang telah dibuat oleh bekas Perdana Menteri itu seolah - olah menceduk idea bekas musuh ketatnya yang juga merupakan bekas Perdana Menteri Singapura, mendiang Lee Kuan Yew tu sebelum ini.

Walhal, dalam masa yang sama, sepanjang Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, hubungan dia dengan mendiang Lee Kuan Yew memang tak berapa baik. Malah mereka sering kali bersaing diantara satu dengan yang lain secara terbuka.

Bahkan, sebelum ini pun, dia pernah mendakwa tindakan Lee Kuan Yew melantik dirinya sebagai Penasihat kepada Kerajaan Singapura itu juga merupakan satu idea yang tak masuk akal serta merosakkan sistem demokrasi di Negara tersebut. Tapi sekarang dia nak buat pulak??? Memang betul la dunia Tun sekarang dah terbalik!!!
Categories:

2 ulasan:

  1. dunia dia bkn terbalik tapi nyanyuk tahap kronik...semoga Allah memberi petunjuk kpd dia yg dh di penghujung usia yg mungkin tinggal sikit jer lagi...

    BalasPadam
  2. Punahsihat...habis punah.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping