Rabu, Januari 25, 2017

Kebodohan apakah yang cuba dipamerkan oleh pemimpin DAPigs ni? Dah berapa lama dia berkecimpung dalam kancah Politik ni? Ke baru semalam dia terjebak dalam dunia Politik sehingga dia boleh keluarkan soalan sedemikian?

Kalau dibaca kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAPigs ni, nampak sangat yang dia seorang pemimpin Politik bertaraf kedai kopi tepi longkang je. Tak layak dia jadi Ahli Parlimen dan dinobatkan sebagai wakil rakyat.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam, pemimpin DAPigs ni cuba memperlekehkan cadangan yang dibuat oleh PAS yang menggesa agar parti Ternakan DAPigs itu bergabung dengan 'Abang Besar' mereka.

Soal pemimpin DAPigs itu, adakah PAS akan menyertai gabungan Pakatan Haprak tu sekiranya PAN bergabung dengan DAPigs bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang akan datang?
"Adakah Presiden PAS, Datuk Seri Haji Abdul Hadi Awang akan berkempen untuk calon-calon DAP-Amanah, melawan Umno dalam pilihan raya, sekiranya Amanah bergabung dengan DAP?," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jika dilihat dari satu sudut, nampak sangat yang pemimpin DAPigs tu tak faham isu yang diketengahkan oleh pemimpin PAS sebelum ini. Atau, dia faham, tapi pura - pura macam dia tak faham isu yang dibangkitkan.

Bendanya mudah sangat nak difahami. Bagi PAS, sekiranya PAN bergabung dengan DAPigs, maka parti serpihan PAS itu perlu bertanding diatas tiket DAPigs dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang. 

Seandainya perkara itu berlaku, bermakna PAN tak akan kacau kerusi yang dikuasai oleh PAS. Sebaliknya, mereka hanya akan bertanding dikawasan yang telah diperuntukkan kepada DAPigs.

Itu maksud cadangan yang dibuat oleh pemimpin PAS sebelum ini. Pokok pangkalnya, PAS dah menyatakan pendirian bahawa mereka tidak akan menyerahkan kerusi mereka kepada orang lain. Terutama sekali kepada PAN.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila PAS mendakwa yang menjadi masalah dalam isu pembahagian kerusi dikalangan puak pembangkang ni adalah berpunca dari PAN yang mahu merampas kerusi mereka.

Apa yang jelas, kenyataan yang dibuat oleh pemimpin DAPigs itu jelas satu usaha untuk memperlekehkan tuntutan yang telah dibuat PAS sebelum ini. Sepatutnya, DAPigs perlu tanya diri mereka sendiri, adakah mereka sedia untuk berkongsi kerusi dengan PAN dalam PRU yang akan datang!!!
Categories: , ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping