Aduhai!!! Nak bagi alasan menda lagi diorang ni? Kalau rasa tak nak bekerjasama dengan PAS dan nak masuk sertai Pakatan Haprak tu, teruskan aje la. Buat apa yang diorang masih nak bising - bising lagi dalam media?
Sekadar meminjam kata - kata Si Menteri Besar Selangor tu suatu ketika dahulu, "Setakat nak melalak dalam media ni, apa faedahnya?" Jadi, buat apa pemimpin PPBM tu nak menyalak tak tentu arah?
Sekiranya pemimpin tertinggi PPBM tu rasa yang dia mampu nak meneruskan agenda Politik parti dia tanpa sokongan dari PAS, jangan cakap banyak. Teruskan aje masuk Pakatan Haprak tu.
Sebab lagi banyak yang dia bercakap, lagi terserlah ketakutan dia dan semakin bertambah gambaran dikalangan rakyat bahawa parti yang dipimpinya itu tidak yakin dengan kemampuan mereka sendiri.
Pokok pangkalnya, PAS hari ini pun dah menyatakan pendirian bahawa parti itu tidak akan bekerjasama dengan mana - mana pihak yang bersekongkol atau berpakat dengan DAPigs dan PAN.
Memandangkan PPBM sebelum ini pulak telah 'dipaksa' menandatangani perjanjian dengan Pakatan Haprak tu, maka secara automatiknya mereka sudah bersekongkol dengan DApigs dan PAN.
Dan untuk sekian kalinya, PAS menyatakan bahawa pihaknya tidak akan menjalinkan hubungan kerjasama Politik dengan PPBM sekiranya parti itu bertindak menyertai Pakatan Haprak.
"Dengan komen daripada Dr Mahathir untuk bersama dengan PH, mungkin agak menyukarkan PAS untuk bersama-sama dalam PH. Sebab kita sudah tekankan kita tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah.
"Jadi, jika PPBM bersama-sama mereka (PH) bermakna mungkin kita tidak akan bersama mereka. Mereka (PPBM) pun tahu, jika mahu bersama PAS mereka tidak bersama (bekerjasama) DAP dan Amanah," ujar Mahfodz kepada Antarapos.
Namun kesimpulannya cukup mudah. Jika PPBM rasa diorang dah cukup 'Kuat' dan tidak memerlukan sokongan dari PAS, buat apa lagi masih ada pemimpin didalam parti itu yang terhegeh - hegeh nak menagih sokongan PAS!!!
KATA MAHATHIR HEBAT SANGAT, BUAT APA TERHEGEH2 KT PAS HAHAHA
BalasPadam