Isnin, Januari 23, 2017

Nampak gayanya, kemelut pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak tu masih lagi belum dapat diselesaikan. Malah ianya semakin bertambah bercelaru apabila wujudnya parti PAN dan juga PPBM.

Maka dek kerana kewujudan dua parti itu yang membuatkan isu pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan Haprak ni bertambah bercelaru. Melainkan PAN sanggup diserap masuk ke dalam DAPigs.

Jika sebelum ini, pernah ada cadangan dari kalangan PKR untuk menyerap PAN ke dalam parti itu bagi tujuan untuk mengelakkan parti itu merampas kawasan mereka sewaktu PRU yang akan datang.

Dalam pada itu, Iskandar bertegas PAS tidak harus dipersalahkan sekiranya berlaku pertembungan tiga penjuru di kawasan yang ditandingi PAS pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14) kelak.
"Apabila berlaku tiga penjuru kerana parti Pakatan Harapan memasuki kawasan yang dimenangi oleh PAS atau kawasan yang ditandingi oleh PAS pada pilihan raya umum yang lepas, tidak wajar untuk menuding jari kepada PAS.
"Adalah tidak masuk akal PAS yang bersalah apabila parti-parti lain yang mengacau kerusi PAS. Tambahan pula jika konsep dua penjuru ini tidak lagi dihormati oleh parti-parti lain maka kenapa pula PAS perlu menghormatinya?" soal Iskandar.
Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor itu juga mencadangkan agar PAN bergabung dengan DAP ekoran kehadiran parti serpihan itu menimbulkan kecelaruan kepada suasana politik negara.
"Saya mencadangkan agar PAN (Amanah) bergabung dengan DAP kerana mereka kelihatan lebih rapat dengan DAP.
"Jika ini berlaku, maka pemimpin-pemimpin PAN (Amanah) boleh diperuntukkan kerusi selamat DAP dan ini akan menyelesaikan banyak masalah," katanya lagi. 
Sehingga hari ini, PAS masih kekal dengan keputusan untuk tidak menyertai Pakatan Haprak tu dan kekal bersama GAGASAN yang telah dibentuk bersama dengan parti Ikatan sebelum ini.

Malah parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu masih belum memberi kata putus bersabit kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang diterajui oleh bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Categories: , , ,

1 ulasan:

  1. Eloklah tu Pan bergabung dgn Dap. Selama ni pun dah macam isi dgn kuku

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping