Sabtu, Januari 21, 2017

Pendedahan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa DAP pernah meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri baru-baru ini diharap akan memberi kesan kepada "orang Melayu yang cepat lupa," kata Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
"Kenyataan Tun Mahathir itu kepada Melayu yang mudah lupa. Siar itu. Untuk Melayu, Cina yang mudah lupa," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sidang media selepas merasmikan Himpunan Muslimat Muda di Dataran Kemerdekaan Shah Alam, pagi tadi.
Diminta mengupas lanjut jawapannya itu,  Hadi menjawab ia terpulang kepada tafsiran masing-masing.
"Terpulang untuk orang tafsirlah, kenyataan untuk Melayu, Cina dan India yang mudah lupa," katanya lagi.
Dr Mahathir, yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) Rabu lalu mendedahkan DAP ada meminta jawatan Timbalan Perdana Menteri, dan bukannya Perdana Menteri kerana akur kaum Cina adalah golongan minoriti di negara ini.

Dr Mahathir mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menakut-nakutkan rakyat di negara ini terutamanya kaum Melayu dengan mengatakan DAP akan menguasai kerajaan sekiranya Umno tewas pada PRU akan datang kelak. 

Sebelum ini bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan wujudnya pakatan sulit antara Dr Mahathir dengan Lim Kit Siang untuk menaikkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir sebagai Perdana Menteri dan Penasihat DAP itu sebagai timbalannya, jika Pakatan Harapan (PH) menang pilihan raya akan datang.

PPBM dan DAP menafikan pendedahan itu namun Tunku Aziz enggan menarik balik pendedahan itu malah mencabar Mukriz dan Kit Siang menyamannya. Bagaimanapun hingga kini tiada saman difailkan terhadap Tunku Aziz. 

Semalam, Dr Mahathir,  mendakwa dirinya 'tersilap' menyebut DAP yang meminta jawatan kedua tertinggi itu, yang dimaksudkannya ialah MCA. Menurut bekas perdana menteri itu, MCA pada 2009 yang pernah menyuarakan hasrat itu kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. MASUKKAN MAHATHIR DALAM PENJARA HABIS CERITA NAK KENANG JASA APA ORANG MACAM TU LAGIPUN DIA DILANTIK MENJADI PERDANA MENTERI DAHULU PUN OLEH RAKYAT.KURANG ASAM PUNYA MANUSIA.DAH NAK MELAGAKAN RAKYAT PULA,INI DAH BERBAUR HASUTAN DAN KETENTERAMAN RAKYAT BOLIH DIPENJARAKAN HINGGA AKHIRAT.

    BalasPadam
  2. Wujudkan TPM ll bagi Kat Hadi lebih molek.

    BalasPadam
  3. Melayu mudah lupa - madey

    BalasPadam
  4. Mamak Kerala tak mudah lupa cuma cakap berbelit2. Terlebih makan sireh.
    Sama juga yang kena sumbat hampaih nyok gaul dengan dedak cop Sri Mahadey.

    BalasPadam
  5. Putar alam punya maday.. mula2 kata Dapigs lpas tu bila dah kecoh cakap MCA lak... sungguh memalukan sikap seorg pemimpin yang disegani satu ketika dulu..

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping