Isnin, Januari 30, 2017

Terdapat kemungkinan Penasihat DAPigs Lim Kit Siang yang mahu memfailkan saman terhadap Presiden PAS adalah disebabkan parti itu tidak 'membalas cinta' seperti yang diharapkannya.

Demikian kenyataan yang dikeluarkan oleh Timbalan Presiden PAS sewaktu diminta untuk mengulas mengenai rancangan yang telah diumumkan oleh pemimpin veteran DAPigs itu sebelum ini.

Sambil menyifatkan, Kit Siang berada dalam keadaan celaru dan percaya kenyataan Ahli Parlimen Gelang Patah itu akan berubah-ubah dan nampak ketidak-tentuan menjelang PRU akan datang.
“Saya tengok beliau (Lim Kit Siang) dalam keadaan yang bercelaru. Sebelum ini hulurkan tangan mengajak PAS bekerjasama, mungkin lepas kita tolak ajakan itu ia jadi seperti ‘cinta tidak berbalas’,” katanya dipetik Sinar Online.
Kit Siang sebelum ini menyatakan rancangannya untu mengambil tindakan undang - undang terhadap Hadi Awang kerana didakwa telah memfitnahnya sebagai seorang yang anti-Islam.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Nasruddin Hassan pula menyifatkan tindakan Lim Kit Siang itu sebagai salah satu strategi tumpul DAPigs untuk menyerang PAS dan beranggapan ianya tidak akan menjadi.

Malah Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, tindakan DAP itu kerana melihat saf kepimpinan dan ahli parti Islam itu kini kian utuh dalam menggalas cita-cita perjuangan Islam bersama presidennya.
“Ketidaksabaran pemimpin DAP menyembunyikan hasrat sebenar mereka akhirnya begitu pantas menyerlahkan amarah dan kebencian mereka yang tidak pernah padam terhadap PAS dan pemimpinnya.
“Keutuhan saf perjuangan PAS diikat dengan prinsip Islam yang diperjuangkan,” katanya dalam satu kenyataan.
Apa yang jelas, perang diantara pemimpin PAS dan DAPigs ini memang tidak berpenghujung kerana masing - masing telah memperlihatkan sifat kebencian terhadap sesama sendiri secara terbuka!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Lim Kit Siang adalah seorang hamba Allah yang sudah sampai waktu senja umurnya. Sebagai seorang manusia biasa yang belum dan mungkin tidak akan mahu untuk memahami hakikat dan matlamat kehidupan ini sudah tentu dia akan mengalami jiwa kacau apabila memikirkan dia pasti akan menghadapi saat saat akhir kehidupan nya di atas dunia yang fana ini sedikit masa lagi. Kit Siang mungkin seorang yang pakar tentang strategi politik yang sesuai dengan agenda lama DAP untuk memecah belahkan perpaduan orang Melayu supaya mudah dia dan pimpinan DAP mengambil alih kuasa di negara ini sebagaimana mendiang mentornya Lee Kuan Yew terhadap orang orang Melayu Singapura.

    Buktinya sudah ramai pemimpin orang Melayu yang terpengaruh dengan cara otai Cina tua ini berpolitik sehingga terbentuknya parti KUALI (PAN) dan juga PKR dan PPBM mantan TUN. Sekarang Otai tua DAP ini sedang cuba untuk buat lawak antarabangsa untuk mengambil tindakan saman terhadap pimpinan PAS sebab kononnya otai Cina tua ini dakwa dia memang cinta dan tak pernah bermusuh dengan ajaran Islam agaknya. Dia tidak tahu bahawa sekarang ini bekas rakan seperjuangannya mendiang Karpal Singh sudah jauh lebih berilmu (sekiranya dia masih hidup lagi di atas dunia ini) tentang hakikat kehidupan ini. Dia lupa bahawa mendiang sudah banyak sangat tinggalkan “clue” tentang siapa dan apa kah impian dan agenda pimpinan parti DAP selama ini sebenarnya. Kita jangan tidak tahu bahawa mendiang Karpal Singh adalah seorang yang “outspoken” sebab dia selalu mempamirkan pendiriannya sebenar terhadap apa sahaja tentang Islam apabila dia melafazkan perkataan yang memberitahu tentang apa kah hasrat yang sedang terbuku di dalam hatinya. Semua orang kenal mendiang Karpal Singh dan semua orang tahu mendiang adalah seseorang yang berpengaruh di dalam DAP. Oleh itu segala tindak tanduk politiknya adalah kerana dan untuk agenda parti DAP juga.

    Sekarang cuba beritahu apa kah parti DAP yang pernah berwakilkan MENDIANG Karpal Singh apabila berkata “OVER MY DEAD BODY” tidak ada masalah dengan ugama Islam? Seseorang tidak akan mengeluarkan perkataan kebencian begitu terhadap apa sahaja tentang Islam sekiranya dia tidak benci ajaran Islam. Sebenarnya ada banyak lagi bukti bukti lain seperti isu kalimah ALLAH tetapi kita rasa ini pun sudah memadai untuk justify pendirian sebenar pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang yang memang sangat anti dengan ajaran Islam sebab dia tahu bahawa hanya ajaran Islam sahaja khususnya sunnah Rasulullah SAW dan ayat Al Quran memang sangat berupaya untuk menyatukan hati dan minda orang orang Melayu Islam di dalam parti PAS dan UMNO. Penyatuan global minda dan fikiran orang Islam yang sangat tidak akan menguntungkan agenda DAP untuk memecah belahkan umat Islam khususnya yang berbangsa Melayu. Kesimpulannya cuma orang orang Melayu yang tidak mahu menggunakan akal fikiran untuk memikirkan keEsaan Allah sahaja yang akan tergamak untuk akur dengan “khutbah” otai tua Lim Kit Siang ini.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping