Jumaat, Januari 20, 2017

Sifat 'Dwi-Muka' yang dipamerkan pemimpin parti PPBM yang diterajui oleh Muhyiddin Yassin dan Tun Mahathir sedikit sebanyak membuatkan PAS berasa terkilan untuk bekerjasama dengan parti itu.

Bahkan, pendirian yang sering berubah - ubah dari pucuk pimpinan parti itu secara tidak lansung menghantar mesej Negatif dan mengelirukan PAS serta ahli - ahli mereka diperingkat akar umbi.

Perkara itu dapat dilihat dengan jelas apabila wujudnya percanggahan pendapat yang sangat ketara diantara Presiden PPBM dan Pengerusi parti itu yang dikeluarkan melalui laporan media sebelum ini.

Malah, PAS juga turut melahirkan rasa terkilan mereka terhadap sikap pemimpin Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu yang secara terbuka menyatakan kritikan yang boleh memburukkan parti.

Tindakan ini menimbulkan persoalan kepada Naib Presidennya, Iskandar Abdul Samad, sama ada parti PPBM itu benar - benar ikhlas mahu menjalinkan bekerjasama Politik atau tidak dengan PAS.

Keluhan yang dikeluarkan oleh Iskandar itu jelas merujuk kepada tindakan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir yang dilihat kerap melontarkan sindiran dan kritikan secara terang - terangan kepada PAS.
"Tapi kita lihat apa yang berlaku pada pelancaran (PPBM) bahawa Tun Mahathir seolah menghina PAS. Kita pun melihat apakah sebenarnya pendirian Bersatu (PPBM). 
"Presidennya mengatakan bahawa hendak bekerjasama dengan PAS, tapi Pengerusinya pula mencerca PAS. Jadi bermakna ini menghantar satu mesej yang tidak baik kepada PAS," katanya kepada pemberita.
Apa yang jelas, pendirian pucuk pimpinan PPBM berhubung isu kerjasama dengan PAS semakin menjadi persoalan apabila mereka seringkali bercanggah pendapat diantara satu sama lain.

Dari satu sudut, pucuk pimpinan parti itu jelas tidak ikhlas mahu menjalinkan hubungan kerjasama dengan PAS secara terbuka. Sebaliknya, mereka lebih cenderung untuk meneruskan kerjasama dengan Pakatan seperti mana yang telah dinyatakan oleh Tun Mahathir sebelum ini!!!
Categories: ,

2 ulasan:

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping