Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamad dinasihat agar menumpukan perhatian dan menyelesaikan masalah berkaitan pembahagian kerusi dengan PAN sebelum sibuk nak menjaga PAS.
Ini kerana menurut Timbalan Presiden PAS, yang akan ‘membuat kacau’ dalam proses pemilihan serta pembahagian kerusi dikalangan gabungan Pakatan pembangkang itu nanti adalah PAN dan bukannya Pas.
“Mahathir sepatutnya kena selesai isu Amanah (yang ingin bertanding merebut kerusi pembangkang lain).
“Yang kita jangka yang akan mengganggu (dalam pemilihan kerusi) nanti bukannya Pas, tetapi daripada Amanah sendiri,” katanya kepada Sinar Online, hari ini.
Sebelum ini, bekas Perdana Menteri itu berkata, parti pembangkang lain yang meletakkan calonnya sendiri dengan alasan untuk melawan Barisan Nasional dalam Pilihan Raya adalah parti yang mengkhianati rakyat.
Demikian merupakan diantara ucapan Tun Mahathir sewaktu Majlis Perasmian PPBM ketika mengulas mengenai cabaran perlawanan tiga penjuru yang mungkin terjadi pada Pilihan Raya Umum ke 14 nanti.
Dalam masa sama, Timbalan Presiden PAS itu juga turut mengingatkan kepada semua pihak supaya menghormati partinya sebagai rakan pembangkang dan bukannya sebagai musuh sesama mereka.
“Kami tetap di pihak pembangkang, maka Pas perlu dihormati sebagai rakan pembangkang. Amanah pula mahu bertanding di semua kerusi yang ditandingi Pas, jadi pengkhianat bukan dari Pas,” katanya lagi.
Sebagai rekod, isu berkaitan dengan pembahagian kerusi dikalangan puak Pakatan pembangkang ini masih lagi meninggalkan pelbagai tanda tanya dikalangan rakyat khususnya bagi penyokong mereka sendiri.
Apa yang jelas, kewujudan PAN dan PPBM yang dilihat bersama - sama dengan Pakatan Haprak itu dilihat telah menambahkan lagi kekeliruan serta kecelaruan dalam isu tersebut yang sehingga ke hari ini masih belum dapat diselesaikan sesama mereka!!!
Pan dan parti cap bunga akan berebut utk dpt kerusi sbb mereka belum ada kerusi...pi beli kat kedai perabut la..
BalasPadam