Selasa, Januari 17, 2017

Heh! Kalau sekali baca kenyataan yang dibuat oleh Si Zaid Al-Araki ni, nampak sangat yang dia cuba nak memperlekehkan kewujudan parti baru PPBM dan parti lamanya PKR secara sindiran.

Dalam kenyataan yang dibuat oleh Si Zaid tu hari ini, dia menggesa agar PKR dan PPBM berhenti dari cuba nak menagih sokongan simpati murahan dari PAS dan perlu bergantung kepada diri sendiri.

Kata Si Zaid Al-Araki tu, PPBM dan PKR perlu menerima hakikat bahawa PAS bukan rakan Politik mereka yang tulen memandangkan parti itu tetap enggan menjalinkan kerjasama dengan Pakatan.

Malah Si Zaid tu juga turut mendakwa tindakan PPBM dan PKR yang masih terhegeh - hegeh nak menagih sokongan dari PAS itu menunjukkan bahawa mereka masih tidak yakin dengan kemampuan diri sendiri.
“PPBM perlu ada keyakinan. Mereka perlu beritahu pengundi bahawa pembangkang akan menang pertandingan 1 lawan 1 atau 3 penjuru. Mereka perlu beritahu pengundi bahawa PAS tidak pernah menang apa-apa dalam sejarah 60 tahun parti itu tanpa sokongan pembangkang lain.
“Begitu juga, lebih baik PKR Selangor meyakini Amanah dan bukannya berharap PAS menyertai mereka. Saya harap pakatan pembangkang sebenar mula bersepakat dan bertindak sekarang. Masih ada masa,” kata Zaid.
Dari satu sudut, jelas kenyataan yang dibuat oleh Si Zaid itu membuktikan bahawa PKR dan PPBM seolah - olah tidak mengiktiraf kewujudan PAN serta DAPigs dalam gabungan Pakatan Haprak tu.

Dalam masa yang sama, Si Zaid tu juga menganggap ucapan yang disampaikan oleh Presiden PPBM sewaktu majlis perasmian parti itu sebelum ini hanya sekadar angan - angan semata - mata.
“Ucapan (Muhyiddin) dipenuhi dengan rayuan kepada PAS dan parti pembangkang lain untuk bersatu, rayuan yang orang anggap angan-angan,” kata bekas menteri undang-undang itu.
Secara kesimpulannya, Si Zaid Al-Araki ni secara tidak lansung menganggap PPBM dan PKR masih lagi merupakan parti yang lemah kerana terpaksa bergantung kepada sokongan dari PAS serta membelakangkan parti lain dalam pembangkang!!!
Categories: ,

0 comments:

Catat Ulasan

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping