Ahad, Januari 22, 2017

Heh! Dah buat salah, pandai pulak puak PAN nak mintak dengan rakyat supaya diberikan ruang kepada Si Khalid Samad tu ye. Sebelum ni, masa dia buat kerja haramjadah tu, takde pulak dia fikir semua benda tu?

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Ketua Wanita PAN tampil membuat rayuan bagi pihak Si Khalid Samad tu agar Si Ahli Parlimen Shah Alam itu diberikan ruang untuk membuat rayuan.

Sebelum ini, Si Khalid Samad tu telah diarahkan untuk membayar denda sebanyak RM 2900 oleh Mahkamah Syariah Klang kerana mengajar tanpa memiliki tauliah disebuah surau pada tahun 2011.
"Kita cari penyelesaian apabila kita berdepan dengan situasi itu. Biarlah Khalid buat rayuan dahulu dan kita lihat apa yang berlaku. Dan tak perlulah kita membuat spekulasi," katanya ringkas ketika dihubungi Antarapos.
Walaubagaimanapun Ketua Wanita Amanah itu tidak mahu perbincangan tersebut dipanjangkan di kalangan masyarakat, sebaliknya menunggu keputusan mahkamah terhadap rayuan yang dikemukakan Khalid.

Khalid pada semalam dikenakan hukuman denda RM2,900 selepas Ahli Parlimen Shah Alam itu disabit kesalahan mengajar agama tanpa tauliah. Hukuman itu menimbulkan tanda tanya mengenai status Khalid sebagai Ahli Parlimen Shah Alam.

Dibawah artikel 48 Perlembagaan Persekutuan, seseorang ahli Parlimen secara automatik dilucutkan daripada memegang jawatan itu sekiranya disabit kesalahan dan dihukum denda tidak kurang daripada Rm2000 atau penjara tidak kurang setahun.
Categories: ,

5 ulasan:

  1. kalid semak ngajar agama? dia ajar agama apa? kalau dulu org pilih pemimpin yg baik2 dr kalangan mrk ttp skrg yg paling jahat dr kalangan mrk sehingga kena denda dek makamah..

    BalasPadam
  2. Tule...kaum munafik bila buat sesuatu mana pernah fikir..mereka belasah saje...

    BalasPadam
  3. Dah tau tak ada tauliah dan bukan lulusan agama buat apa pi dok kuliah agama kat masjid. Cari susah..

    BalasPadam
  4. Oooo....Ceramah agama...Ye la zaman skrg nk cakap pasal asas agama pun Kena tauliah...Untung aku n member2 kg dulu2..Belajar agama dgn pk ngah Osman,pk Tam Abu,deris kg seberang,jali jepun,imam Hassan,imam nusi,ustaz serahkan,mak teh leha,kak eton DLL lagi..X perlu pun permit.ingat kata2 ustaz..Ilmu agama Ni dah dikeluarkan permit oleh Allah sejak zaman Nabi Muhammad S.A.w..Kalau x dh tentu Islam x melata diatas muka Bumi...

    BalasPadam
  5. Khalid ni dah lama dan banyak kali buat perangai kurang ajar. Biarlah undang2 ajar dia pulak. Mudah2an insaf.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping