Ahad, Januari 22, 2017

Heh! Siapa sangka. Licik juga permainan yang dilakukan oleh Si Ahli Parlimen Pondan ni. Dalam diam - diam, dia sedang mengatur gerakan untuk turut sama menjahanamkan PAS di Selangor.

Jika benar dokumen Formula 4319 Selangor ini wujud, nampak sangat yang Rejim Pakatan Negeri Selangor yang diditerajui oleh PKR itu mahu ‘menghapuskan’ PAS sebelum pilihan raya umum yang akan datang.

Dokumen yang menjadi tular di laman media sosial hari ini kononnya merupakan senarai nama yang disediakan oleh Rafizi Ramli untuk calon Ahli Parlimen dikalangan Pakatan dan PPBM di Selangor.

Dokumen yang bertarikh 23 November itu turut ditandatangani oleh Presiden PKR, Wan Azizah Wan Ismail, Setiausaha Agung DAPigs, Lim Guan Eng dan Presiden PAN, Mohamad Sabu.

Menurut sumber, nampak sangat yang puak Pakatan Haprak ni sejak dahulu lagi ‘tolak’ Pas dalam senarai walaupun ketika itu PPBM masih berhasrat bekerjasama dengan Pas untuk konsep ‘satu lawan satu’ dengan BN.

Awal-awal lagi kerusi yang dahulu milik Pas diagihkan kepada PAN dan PPBM. Berdasarkan dokumen itu, 22 kerusi parlimen diagihkan kepada PKR (10); PPBM (4); DAP (4) dan PAN (4).

Walaupun ia bukan rasmi namun ia sekaligus membenarkan kenyataan Rafizi yang juga Naib Presiden PKR itu baru-baru ini mendedahkan kajian INVOKE yang PAS akan lenyap selepas PRU-14.

Hakikatnya semua orang tahu bahawa INVOKE tu adalah dibawah penguasaan Rafizi. Dan semua orang pun tau yang Si Rafizi ni pulak memang tak sehaluan dengan Si Menteri Besar Selangor tu.

Manakala Si Menteri Besar Selangor tu pulak masih lagi mengharapkan sokongan dan menagih simpati dari pemimpin PAS untuk kekalkan jawatan dia selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang.

Jadi, sebagai langkah untuk mengulingkan Si Menteri Besar Selangor yang telah meng-GAGAL-kan agenda Langkah Kajang, maka terpaksa la Si Rafizi tu turut menjahanamkan PAS di Selangor.

Dan kali ini, Si Menteri Besar Selangor yang juga Timbalan Presiden PKR terpaksa akur dalam gerakan Pakatan yang mahu ‘mengeluarkan’ PAS dari negeri itu walaupun kini mereka masih bersama membentuk Exco yang diwarisi semasa PAS bersama Pakatan sebelum ini!!!
Categories: , ,

2 ulasan:

  1. Takkan asik nak pujuk PAS sedangkan PAS sudah istihar
    mahu jadi KING MAKER. Lebih baik tumpu pada party
    sendiri daripada jadi hidung tka mancung pipi tersorong-
    sorong. Korang juga yang kata, PAS tak hingin nak join
    PAKATANHARAPAN. Pakatan Harapan yang tak malu.
    Sekarang buat U-TURN pulak.
    Ini baru betul U-TURN
    U-TURN SEMUT HITAM.
    HATINYA PUN HITAM.

    BalasPadam
  2. Si Fizi sendiri pun belum tentu menang pru akan datang klu tak dapat undi drpd penyokong pas.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.

Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.

Sekian, Terima Kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping