Usaha Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) memujuk PAS agar menyertai Pakatan Haprak tu nampak gayanya masih kabur meskipun sudah beberapa kali mereka dilihat duduk sepentas.
Maka keadaan itu membuatkan Pengerusi PPBM, Tun Mahathir naik muak dan menyatakan bahawa partinya perlu meneruskan kerjasama dengan Pakatan sebagaimana perjanjian yang telah dibuat, 13 Disember lalu.
"Kita akan putuskan dan kita beri masa yang panjang untuk PAS membuat keputusan dan kita telah berunding dengan mereka. Tapi sehingga sekarang mereka tidak beri kata putus.
"Jadi kita akan putuskan, sama ada mereka menyertai Pakatan (Harapan) atau tidak, kita akan teruskan rundingan dan kita akan sertai Pakatan Harapan secara satu daripada anggotanya," katanya kepada pemberita selepas hadir di program Warga Putrajaya bersama Tun M di Yayasan Kepimpinan Perdana, di sini, malam tadi.
Beliau sebelum itu ditanya apakah tindakan PAS yang enggan menjalin hubungan bersama Amanah dan DAP bakal menjejaskan hasrat pembangkang menumbangkan Umno-Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) akan datang.
PAS sebelum ini menegaskan tidak akan menjalin hubungan dengan kedua-dua parti yang dianggap mereka sebagai musuh dan pengkhianat.
Ketika menganjurkan ceramah mega tidak lama sebelum ini, PAS hanya menjemput PKR dan PPBM untuk sepentas dengan mereka.
Terbaru, PAS memutuskan tidak menghantar seorang pun wakil ke majlis perasmian PPBM, Sabtu lalu, kerana dua seterunya, Amanah dan DAP turut hadir pada majlis tersebut.
Menurut Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad, PAS tidak mempunyai hubungan politik dengan kedua-dua parti tersebut menyebabkan pimpinan sebulat suara mengambil keputusan tidak hadir ke pelancaran PPBM.
Sekalipun Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengulangi keperluan untuk pembangkang bersatu, namun kenyataan seorang lagi Naib Presiden PAS, Idris Ahmad yang mengesahkan partinya masih tiada kata putus bersabit perkara itu, menyukarkan lagi hasrat berkenaan.
Sikap dolak dalik PAS itu menyebabkan Dr Mahathir menyifatkan PAS sebagai parti yang memecah-belahkan undi pembangkang dan membawa kelebihan kepada Barisan Nasional (BN).
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.