Jumaat, Januari 20, 2017

Heh! Siapa sangka. Lafaz Ikrar yang dibuat oleh Si Salahuddin Ayob tu hari ini secara tidak lansung membangkitkan spekulasi berkaitan dengan kedudukan Si Menteri Besar Selangor tu dimasa akan datang.

Hujahnya, Si Salahuddin tu kata, PAN akan memastikan PAS tidak akan diberikan sebarang peranan dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor sekiranya Pakatan Haprak tu berjaya memerintah negeri itu selepas PRU nanti.

Bahkan, Timbalan Presiden PAN itu juga turut menegaskan bahawa PAS masih kekal dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor itu hanya semata - mata kerana mahu mengekalkan kuasa, bukannya demi akidah.
“Mereka tersangkut di situ kerana kuasa, bukan demi akidah sangat. Yang lain mereka maki hamun, tetapi di Selangor tidak, ia kerana mereka ada kuasa,” katanya.
Tetapi persoalannya, adakah Si Salahuddin tu juga akan turut menyingkirkan Azmin selaku Menteri Besar Selangor sekiranya Pakatan Haprak menang dalam Pilihan Raya Umum yang akan datang?

Perkara itu mula menjadi persoalan apabila hakikatnya, PAS masih kekal dalam pentadbiran Rejim Pakatan Selangor mendapat sokongan sepenuhnya dari Si Menteri Besar Selangor tu sendiri.

Jika sebelum ini, DAPigs dan parti Ternakan mereka, PAN sudah banyak kali membuat desakan agar pentadbiran Rejim Pakatan Selangor yang dipimpin oleh Azmin menyingkirkan PAS.

Namun, desakan yang dibuat oleh DAPigs dan PAN itu hanya dipandang sepi oleh Si Azmin dengan memberikan alasan kononnya dia masih lagi menghormati PAS sebagai sebahagian daripada Pakatan sebelum parti itu ditendang keluar.

Sementelah lagi, semua orang pun tahu bahawa kedudukan dan jawatan Menteri Besar yang disandang oleh Si Azmin tu pada ketika ini juga mendapat sokongan penuh dari pucuk pimpinan PAS Pusat.

Bahkan, sokongan penuh dari pucuk pimpinan PAS itu juga telah menyebabkan Presiden PKR, Wan Azizah GAGAL untuk menjadi Menteri Besar dan berjaya dirampas oleh Si Azmin tu sebelum ini.

Maka persoalannya, adakah Si Azmin tu berani nak singkirkan PAS sekiranya puak Pakatan Haprak tu berjaya mengekalkan kuasa mereka di Selangor selepas Pilihan Raya Umum yang akan datang?

ATAU, adakah dia akan tunduk kepada desakan DAPigs dan PAN yang mahu PAS disingkirkan dari pentadbiran Rejim Pakatan Selangor itu serta mengkhianati sokongan yang telah diberikan oleh PAS sebelum ini?

ATAU, adakah PAN dan DAPigs akan turut berusaha untuk menggulingkan Si Azmin tu dari jawatan Menteri Besar memandangkan dia masih lagi cenderung memberi sokongan kepada PAS secara terang - terangan?

Pokok pangkalnya, kemelut dalam kepimpinan Pakatan Haprak tu pada ketika ini semakin bertambah meruncing dan menjadi semakin kronik ekoran perebutan kuasa dikalangan mereka sendiri. Masing - masing takde lansung nak memberikan tumpuan kepada soal nak menjaga kebajikan rakyat!!!
Categories: , ,

1 ulasan:

  1. Din ni sembang kuat. Nasib sndiri pun belum tentu dlm pru nanti. Sebok nak hukum org lain.

    BalasPadam

Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com

SH mohon maaf kerana terpaksa me'moderate'kan ruangan komen ini kerana ada komen datang dari sumber yang tidak dapat dikenal pasti.

Komen la banyak mana yang korang nak komen. Bagi la pandangan korang mengenai isu yang dibangkitkan. Insya Allah SH akan approve semuanya. KECUALI yang jelas melanggar Akta SKMM.

Sekian, terima kasih.

SUPPORTED BY:

Anda mungkin juga meminati:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Lain - Lain Artikel

Disclaimer

Assalamualaikum. Kepada semua pengunjung yang dihormati.

Blog ini khusus menceritakan mengenai isu - isu semasa. Perjuangan utama adalah bagi menegakkan yang Hak dan menentang yang Batil.

Artikel dalam blog ini sekadar ingin meningkatkan paradigma dan memprokasikan minda pengunjung.

Maka adalah disarankan kepada pembaca yang dihormati agar menggunakan otak dan akal yang dianugerahkan Allah S.W.T sebaik yang mungkin.

Bahan - bahan didalam blog ini boleh diulang terbit oleh mana - mana pihak. Namun pemilik blog ini tidak akan bertanggungjawab terhadap penyalah-gunaan asal oleh orang lain untuk tujuan propaganda mereka.

Sekian, terima kasih.

Ping