Dakwaan tersebar di beberapa blog dan laman sosial yang mendakwa Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman akan meletakkan jawatan, dinafikan pemimpin UMNO di Sabah.
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Seri Masidi Manjun menerusi laman Twitter berkata, Anifah sendiri menafikan beliau adalah menteri kanan yang didakwa akan meletak jawatan.
Malah, Masidi yang juga Ketua Umno Bahagian Ranau memuat naik gambar beliau bersama Anifah serta Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang duduk semeja dalam satu majlis di sini, malam tadi.
Semalam, Si Menteri Besar Selangor dilihat sengaja menimbulkan persoalan menerusi laman Twitternya apabila menyatakan benarkah ada seorang menteri kanan telah meletakkan jawatan.
Peletakan jawatan itu, kata Si Menteri Besar Selangor tu kononnya ada kaitan dengan isu 1MDB.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam reaksi balasnya malam tadi, menyifatkan Mohamed Azmin sekadar mahu menarik perhatian dengan berbohong, berhubung dakwaan peletakan jawatan oleh seorang menteri.
Perdana Menteri menerusi kenyataan ringkas, dalam akuan Facebook dan Twitter, menegaskan tiada seorangpun menteri memaklumkan kepadanya untuk meletakkan jawatan.
"Saya menganggap Azmin memberitahu sesuatu yang tidak benar untuk menarik perhatian, lainlah dia menyatakan nama menteri berkenaan," katanya.
0 comments:
Catat Ulasan
Baca cerita lanjut di http://semuthitam80.blogspot.com
Ruangan Komen ini terpaksa dimoderatekan kerana terdapat komen yang tidak berkaitan seperti 'Perkhidmatan Ghaib' yang ditawarkan oleh mereka yang cuba mengambil kesempatan.
Pembaca boleh meninggalkan komen asalkan ianya tidak melanggar Akta SKMM. Namun perlu diingatkan, sebarang komen yang ditinggalkan adalah tanggungjawab pembaca sendiri dan ianya tidak ada kaitan dengan admin blog ini.
Sekian, Terima Kasih.